Majlis pertunangan pelakon kontroversi Hanez Suraya dengan teman lelakinya Romie yang berlangsung secara tiba-tiba mengejutkan ramai pihak kerana sebelum itu Hanez telah mendedahkan bahawa hubungan mereka telahpun berakhir.
ARTIKEL BERKAITAN : Gambar Majlis Pertunangan Hanez Suraya & Romie
Romie yang menjelaskan perkara sebenar memberitahu pihak Melodi bahawa, sepanjang dua bulan berpisah dengan Hanez dia cuma untuk memulihkan kembali perhubungannya dan mengakui anak-anak yang menjadi kekuatan hubungan mereka.
Malah, ibu dan abang Romie yang sengaja menjemput pihak media bertindak untuk membersihkan nama Hanez dan menafikan bahawa Hanez adalah punca keretakan rumahtangga Romie dengan bekas isterinya Liyana.