Baru-baru ini, tersebar meluas di media sosial video lu-cah individu mirip Ustaz Azhar Idrus (UAI). Ekoran dari penyebaran itu, para netizen berbalah sesama diri mengenai keaslian video berkenaan.
Bagaimanapun, UAI enggan memberi sebarang komen mahupun membuat laporan polis mengenai video tersebut. Keengganan UAI ini menyebabkan para netizen sekali lagi berbalah kononnya tindakan UAI itu mengiakan bahawa lelaki dalam video berkenaan adalah dirinya.
Justeru itu, para blogger² atau pakar forensik yang tidak bertauliah membuat risikan di media maya. Hasilnya, mereka menemui seorang lelaki yang juga pelakon dikatakan mirip UAI.
Slimane Dazi, pelakon yang berasal dari Perancis ini dikatakan mirip UAI. Mirip tetapi tidak 100%.
Jika dibandingkan wajah lelaki ini dengan individu dalam video berkenaan, nyata tidak sama. Secara logiknya, apa gunanya Slimane Dazi terlibat dalam video sebegini?
Anda nilaikan sendiri. - My Media Hub