Kisah Usahawan hebat Sandakan

DSC5823 755x500 Usahawan hebat Sandakan
Kisah Usahawan hebat Sandakan

Elok juga saya kongsikan lawatan saya bertemu dengan seorang usahawan hebat dari Sandakan, Sabah di sini. Moga perkongsian ini dapat suntik semangat pada para pembaca samada yang dah berniaga atau akan jadi peniaga sedikit masa nanti.

Beliau merupakan seorang usahawan yang berkecimpung dalam dunia automotif. Beliau menjalankan perniagaan servis kenderaan dan juga servis dan tukar tayar kereta dan lain-lain yang bersangkutan dengannya.

Bukan mudah untuk berjumpa dengan usahawan yang melakukan perniagaan berkaitan dengan servis kenderaan secara persendirian yang menjana hasil jualan yang amat tinggi.

Tapi usahawan dari Sandakan ini berjaya melakukannya walaupun beliau hanya menjalankan perniagaannya di Sandakan, dan bukannya di Kota Kinabalu atau kota-kota besar lain di negara kita.

Perniagaan usahawan hebat jana setengah juta !

Kenapa saya katakan dia seorang usahawan hebat adalah disebabkan hasil pendapatan yang dijana oleh perniagaan bengkel kenderaannya itu yang amat tinggi.

Dia menjana dalam lingkungan RM500 ribu sebulan! jauh amat tinggi jika dibandingkan dengan kebanyakan pengusaha-pengusaha bengkel kenderaan lain samada di Semenanjung Malaysia ataupun di Sabah dan Sarawak.

Rata-rata usahawan atau pengusaha bengkel kenderaan yang saya jumpa hanya menjana sekitar RM100 ribu paling tinggi. Kebanyakannya menjana dalam lingkungan RM10 ribu ke RM30 ribu sahaja sebulan.


Usahawan hebat amat rendah diri

Apa yang lebih hebat lagi yang saya perhatikan pada usahawan tersebut adalah sifat merendah diri yang ada padanya. Walaupun perniagaannya besar, dia masih pakai kereta Viva saja. Tidak kelihatan kereta mewah dan tidak juga kelihatan sifat sombong ada pada dirinya.

Dia seperti orang biasa dan jika pekerja tidak ada, dia boleh melakukan kesemua kerja dari A sampai Z tanpa masalah. Malahan, katanya, baru-baru ini saja dia hanya mehat dan memantau para pekerjanya. Dulu dia masih turut sama bekerja bersama mereka untuk pastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik dari perniagaannya.

Daripada gaya pertuturan dan cara dia melayan saya dan kawan-kawan memang nampak ketara dia langsng tak sombong. Dia memandang tinggi pada orang lain sedangkan kita merasa hebat melihat dirinya.

Atau mungkinkah ada orang lain di sebalik tabir perniagaannya, saya tak dapat pastikan…? memang ada orang lain yang membantunya dari segi pengurusan kewangan, orang itu adalah isterinya sendiri. Mungkin gabungan mereka berdua membuatkan mereka jadi hebat…mungkin?

DSC5829 755x500 Usahawan hebat Sandakan

Usahawan hebat beli perniagaan taukeh Cina

Lebih mengkagumkan lagi, bila saya di bawa melawat kedai yang baru dibelinya. Kedai itu terletak betul-betul di simpang jalan yang sibuk dan tersusun rapi segaa kelengkapan dan peralatan yang ada di dalamnya.

Menuruh usahawan hebat itu, dia mengambil alih perniagaan itu daripada seorang Taukeh berbangsa Cina. Taukeh itu sudah tua dan anak-anaknya tidak berminat dengan perniagaan yang dijalankannya. Oleh itu dia bercadang mahu tutup saja perniagaan tersebut atau menjualnya pada orang yang berminat.

Usahawan hebat itu memberitahu saya bahawa dia membeli kesemua perniagaan tersebut dengan harga lebih kurang RM400 ribu. Dengan adanya tambahan satu lagi kedai yang amat strategik di tepi jalan dah sudah lama bertapak di situ, sudah tentu usahawan hebat akan melonjakkan lagi dirinya lebih jauh ke atas.

DSC5825 888x500 Usahawan hebat Sandakan

Apa rahsia usahawan hebat

Saya tak dapat pastikan apakah resepi kejayaan usahawan hebat dari Sandakan itu. Bila saya kongsikan dengan orang Sabah, mereka akan meneka bahawa usahawan hebat itu tentu daripada bangsa Bugis. Dan memang betul tekaan itu. Saya tak pasti apa kaitan antara kejayaan usahawan tersebut dengan bangsa Bugis yang di bawanya, hanya orang Sabah dapat menjawabnya.

Cuma satu perkara yang saya pasti adalah usahawan hebat itu mengenali hampir 80% daripada para penduduk di Sandakan. Tentu sebanyak itu juga orang Sandakan yang mengenalinya, dan saya pasti itu banyak membantu usahawan hebat tersebut mencipta kejayaan dalam perniagaan yang diceburinya.

Saya masih mencari rhsia usahawan hebat itu dan kalau ada berjumpa lagi insyaallah akan dikongsikan di sini. Cuma ambil perhatian pada semua yang membaca, termasuklah diri saya sendiri. Jangan ambil remeh dengan aktiviti membina kenalan atau jaringan.

Jaringan amat penting dalam perniagaan. Semakin besar jaringan yang kita bina, maka semakin bertambah mudah untuk kita menempa kejayaan. Oleh itu paksa diri kita untuk keluar dan berjumpa dengan kenalan. Tak kisah samada kenalan lama atau kenalan baru, semuanya penting dan perlu diservis seadanya.

SUMBER

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.