Aktres jelita Tiz Zaqyah memberitahu bahawa dia mahu berehat seketika dari dunia seni kerana mahu menjalani kehidupan seperti orang baiasa.
"Sejak bergelar anak seni, kehidupan saya benar-benar berubah. Saya sebenarnya rindu menjalani kehidupan sebagai 'orang biasa'.
"Bagi saya orang biasa bebas melakukan apa sahaja, tetapi sebagai artis, kita menjadi tumpuan tak kira apa sahaja kita lakukan atau ke mana sahaja kita melangkah," katanya kepada Sinar Harian.
Berikutan itu, Tiz telah menubuhkan sebuah syarikat KL Calling yang khusus untuk menganjurkan aktiviti melibatkan belia dan kebajikan.
"Ini adalah satu cara untuk saya melarikan diri daripada dunia seni.
"Selain itu, ini cara terbaik khususnya bagi saya atau mana-mana selebriti menyumbang bakti kepada masyarakat khususnya golongan kurang bernasib baik."
Dalam pada itu, aktres berusia 26 tahun itu berkata dia kini lebih selektif dalam memilih tawaran berlakon.
"Jika terlalu banyak membawa watak seperti dalam drama "Nur Kasih" dan "Sebenarnya Sya Isteri Dia", penonton akan melihat ia klise. Jadi memerlukan lebih watak mencabar diri."