BILA ZAHIDA RAFIK BELI RUMAH JUTAAN RINGGIT DI LONDON (10 FOTO GAMBAR)


BILA ZAHIDA RAFIK BELI RUMAH JUTAAN RINGGIT DI LONDON (10 FOTO GAMBAR)

November tahun lalu, Zahida Rafik telah membuat pengakuan bakal mengakhiri zaman gadisnya pada tahun 2014 dengan seorang ahli perniagaan yang telah dikenali selama 8 tahun.

Walaupun tahun 2014 sudah pun tiba ke bulan September, masih tiada lagi ura-ura mengenai perkahwinan yang dirancang. Adakah Zahida Rafik sudah putus dengan kekasih hati? Atau majlis tersebut bakal diadakan pada hujung tahun ini?  

Tambah menarik apabila membaca BiPop semalam, Zahida Rafik dikatakan telah membeli sebuah rumah di tengah kota London berdekatan dengan Oxford Street. Harga rumah yang dibeli didakwa mencecah jutaan ringgit kerana kedudukan Oxford Street yang merupakan syurga membeli-belah.



Seperti yang kita ketahui, Zahida Rafik telah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan. Jadi tak mustahil untuk Zahida membeli rumah yang diinginkan. Ala lagi pun rumah kan aset. Simpan lama-lama nanti naik lagi harga. Pelaburan jangka masa panjang tue. Menariknya lagi Zahida juga dikatakan telah mempunyai sebuah rumah banglo 3 tingkat di The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang. Fuh~~~



Semoga kejayaan Zahida Rafik ini akan menjadi pembakar semangat buat kita semua. Tahniah diucapkan kepada Zahida sekiranya desas-desus ini benar. BeautifulNara






Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.