-->
Select Menu

Slider

Berita

Agama

Menarik

Humor

Tips Petua

Informasi

Videos


12 Jenis Seni Bela Diri Yang Paling Digeruni DiDunia

Seni bela diri atau seni pertahankan diri telah wujud sekian lamanya. Seni bela diri terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempur bersenjata dan tempur tanpa senjata.

Pada zaman nenek moyang dulu, seni bela diri biasanya hanya dipelajari oleh pihak tentera untuk bertempur ketika perperangan. Namun seiring peredaran zaman, orang awam juga mula mempelajari seni bela diri tanpa mengira bangsa, jantina dan golongan umur. Seni mempertahankan diri dianggap suatu perkara yang penting dikalangan orang awam di zaman ini kerana bermacam kejadian jenayah berlaku tanpa diduga.
Dibawah ini adalah antara 12 senibela diri yang paling terkenal dan digeruni di saentaro dunia :

Silat

Silat merupakan seni bela diri rumpun Melayu yang terkenal di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Selatan Filipina dan Selatan Thailand. Sehingga kini, terdapat hampir 500 jenis aliran silat yang diamalkan di Malaysia.

Sumber Foto : 2.bp.blogspot.com

Tomoi
Tomoi atau Muay Thai adalah seni bela diri yang terkenal di negara gajah putih iaitu Thailand. Seni bela diri yang kebiasaannya menggunakan kekuatan siku dan lutut sebagai senjata utama menjadikan tomoi sangat unik

Sumber Foto : autocww.colorado.edu

Taekwondo
Kebanggaan orang Korea yang ditambah baik pada 1940 dan 1950. Menggunakan simbol 'payung', sewaktu penaklukan Jepun keatas Korea, seni bela diri ini diharamkan.

Sumber Foto : aidobonsai.files.wordpress.com
Karate
Dibangunkan di Pulau Ryukyu, Jepun. seni bela diri ini banyak dipengaruhi gaya Kung Fu dari China. Sempena pertukaran budaya yang berlaku antara China dan Jepun ia secara sistematik di ajar di Jepun semasa era Taisho. Jepun mengubah nama kepada Karate dan memasukkan elemen-elemen jepun untuk mengidentitikan martial arts tersebut.

Sumber Foto : www.neijia.pt
Kung fu
Tak lain tak bukan merupakan martial arts yang berasal dari China. Orang Cina memanggilnya 'gong fu'. kewujudan Shaolin kungfu berkait rapat dengan institusi pertama yang wujud di China dan ia merupakan satu-satunya bukti peninggalan askar Shaolin dalam peperangan.

Sumber Foto : utrecht2013.com
Judo
Telah dimodenkan dan menjadi antara acara dalam Olimpik. Objektifnya mudah untuk menumbangkan pihak lawan atau menjatuhkan pihak lawan ke tanah. Judo diambil dari perkataan Jujutsu yang membawa maksud 'hasil jalan kelembutan.


Sumber Foto : www1.pictures.zimbio.com
Wushu
Wushu juga merupakan sambungan daripada Kung fu yang terlahir dari negara matahari terbit ini. 'Wu' merupakan dari 2 karektor bahasa cina yang bernama 'Zhi' yang membawa maksud 'berhenti' dan 'Ge' merupakan satu senjata purba China. Jadi secara tidak langsung, pengamalan Wushu adalah bertujuan untuk menghentikan konflik dan mengembangkan keamanan sambil mempertahankan nilai tinggi budaya seni mempertahankan diri.

Sumber Foto : kendoinfo.files.wordpress.com
Kendo
Kendo merupakan seni mempertahankan diri moden bagi negara jepun yang membawa maksud 'laluan pedang'. menggunakan batang tebu sebagai perisai kini ia diamalkan di pelbagai negara seluruh dunia.


Sumber Foto : roberthutchinson.com

Aikido
Berbeza daripada Kendo, Aikido banyak dipengaruhi oleh falsafah dan juga kepercayaan. Mempercayai pada penyatuan tenaga. Wujudkan seni mempertahankan diri ini adalah lebih kepada membela diri serta mengelakkan penyerang dari mendapat kecederaan.

Sumber Foto : jaihindkalari.com
Kalaripayat
Asalnya dari Kerala dan merupakan salah sat dari  sistem serangan yang tertua wujud di dunia. Kini ia banyak diamalkan di Tamil Nadu dan juga komuniti kecil di Malaysia yang berketurunan Malayali. Antara gerakan adalah serangan, sepakan, pergelutan, senjata yang disatukan dalam tarian kerala.


Sumber Foto : jothisilambam.com
Silambam
Berlainan dengan Kalaripayat, silambam menggunakan senjata. Tradisinya diamalkan oleh masyarakat Tamil, Silambam merujuk pada perkataan Silam yang membawa maksud 'bukit' dan kannada membawa maksud 'tebu'. Antara teknik/cakra terkenal adalah  nagam-16 (ular-16), kallapathu (10 pencuri), kidamuttu (sampukan kepala kambing), kuravanchi, kalyanavarisai, thulukkanam.


Sumber Foto : abadamelb.com.au
Capoeira
Merupakan seni mempertahankan diri Brazil, ia menggabungkan tiga elemen iaitu tarian, akrobatik dan juga muzik. Capoeira dikenali dengan kepantasan, gerakan yang kompleks yang kesemuanya menggunakan tenaga yang kuat, kuasa pecutan yang disamarkan dalam tarian. Pada tahun 2014, ia diiktiraf sebagai salah satu seni warisan tak ketara oleh UNESCO

Beijing: Seorang lelaki yang membawa ‘isteri’nya yang hamil ke hospital ditahan selepas kakitangan hospital percaya ‘wanita’ berkenaan berusia kira-kira 12 tahun.

Beijing: Seorang lelaki yang membawa ‘isteri’nya yang hamil ke hospital ditahan selepas kakitangan hospital percaya ‘wanita’ berkenaan berusia kira-kira 12 tahun.

Kanak-kanak itu yang namanya tidak didedahkan, tiba di hospital bersama lelaki terbabit yang berusia 35 tahun dan seorang lagi wanita berumur 47 yang mendakwa dia ibu lelaki itu.

Ketiga-tiganya tiba di Hospital Xuzhou di wilayah Jiangsu, tengah China untuk membolehkan kanak-kanak itu yang hamil tiga bulan menjalani pemeriksaan bagi memastikan kandungannya sihat.

Lelaki dan ibunya berkata, si ‘isteri’ berusia 20 tahun.

Pemeriksaan yang dijalankan mengesahkan budak itu hamil 12 minggu. Bagaimanapun, kemudaannya menarik perhatian doktor yang kemudian meminta lelaki dan wanita tua itu menunggu di luar.



-

Sapu Softlan Pada Kipas, Gerenti Habuk Tak Melekat Selama 3 Bulan

Bagi mereka yang mementingkan kebersihan, kewujudan habuk pada bilah-bilah kipas pastinya merupakan sebuah pemandangan yang menyakitkan mata.

Tambahan pula sekiranya anda baru sahaja membersihkan kipas anda pada beberapa hari yang lepas, habuk pada kipas anda sudah meletak seseolah ianya tidak pernah dibersihkan.

Percaya atau tidak, masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan bahan yang sudah tersedia ada dengan cara yang mudah sahaja tanpa perlu berbelanja lebih.

Caranya mudah seperti diterangkan di bawah:

Mula-mula basuh dan bersihkan kipas terlebih dahulu dan bila ke semua habuk sudah dibersihkan, tuangkan pelembut pakaian ke dalam penutup botol tanpa perlu dicampurkan dengan air.

Kemudioan, celupkan span ke dalam cecair pelembut ini dan sapukan kepada permukaan bilah-bilah dan jaring kipas.

Biarkan selama 5 minit sebelum anda membilaskan ia dengan air. Keringkan dan pasangkan kembali kipas anda setelah itu.

Selamat mencuba!


Peninju Dunia, Muhammad Ali Meninggal Dunia

Legenda tinju dunia, Muhammad Ali meninggal dunia di hospital di Phoenix, Arizona, hari ini (Jumaat, waktu tempatan).

Jurucakap keluarga bekas petinju itu, Bob Gunnell dalam satu kenyataan berkata, selepas 32 tahun menderita parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun.


Terdahulu, Muhammad Ali dirawat di hospital berkenaan beberapa hari lalu kerana masalah pernafasan. Beliau beberapa kali dimasukkan ke hospital sejak beberapa tahun lalu.

Beliau dirawat di hospital pada 2014 akibat pneumonia dan sekali lagi pada 2015 kerana masalah jangkitan saluran kencing.




Gadis Usia 24 Tahun Mampu Beli Rumah Sendiri Selepas 6 Bulan Bekerja

Alhamdulillah dapat berita baik dari lawyer boleh datang ambil kunci rumah. Rasa excited sangat sangat sampai tak sabar nak pegi pejabat lawyer Dan tengok rumah. Esok nya terus pegi jumpa lawyer.

Perjalanan hidup untuk beli rumah diusia 24tahun.

Keinginan saya untuk beli rumah sejak zaman belajar lagi. Dah ada target awal diusia muda.

1. Habis belajar pada Januari 2015 dengan Degree in Accounting.

2. Mid March 2015 mula bekerja sebagai akauntan

3. May 2015 try apply credit card utk create CCRIS record. Sebab takde apa2 komitment. Bukan utk shopping ye. Tapi banyak bank reject sebab baru je kerja.

4. May 2015 Convocation and officially Degree holder in Accounting

5. September 2015 sign booking beli rumah di kajang dengan harga RM87k (okay lah untuk investment) mv 95k, Sekarang 2016 taktau lah berapa pulak harganya, mustahil Harga turun, lagi naik adalah. Rumah LAWA sesuai dengan Harga. Saya apply loan rumah sekali dengan credit card. Dua dua loan lulus. Alhamdulillah. Credit card saya cuma Pakai untuk petrol sahaja. So dapatlah keep track expenses bulanan. Akhir bulan bayar semua.


6. Januari 2016 berhenti kerja sebagai akauntan dan start join dalam bidang hartanah. Lari sangat dari bidang akauntan ke hartanah. Jual beli dan sewa hartanah. Cari2 listing untuk jual beli jumpa pulak Harga yang cun melecun BELOW MARKET VALUE, rembat utk diri sendiri dulu. Bila dah berminat nak sign semua owner tarik tali. Masih dlm rundingan. Doakan yang terbaik. Jika rumah itu untukku, Kau permudahkanlah.

7. May 2016 handover key. Banyak barang-barang owner lagi. Lepas ni banyak benda nak kena uruskan.

Nota : Jom anak muda kita beli rumah di awal usia. Target kan diri untuk beli rumah, start menyimpan awal. Cari rumah dlm budget yang kita mampu. Rumah busuk tapi dapat return Positif cash flow. Installment RM 400 boleh sewakan dengan fully furnished agak2 boleh berapa? InshaAllah kita tengok hasil nya nanti.

Saya boleh, orang yang sebaya atau anak muda lain juga berjaya beli rumah seperti Hamba Tuhan Harith Faisal Syafieqah A'lya. Anda juga boleh lakukan.

Harap dapat beri inspirasi kepada anda.

Kisah ceritaku membeli rumah
-Afiqah Nabilah-

Gambar Hiasan

Tiga Tahun Bercerai, Masih 'Stalk' Facebook Bekas Isteri Kerana Menyesal

"Aku cuba hubungi dia selepas setahun kami bercerai. Setahun aku ambil masa untuk sedar bodoh nya aku meninggalkan dia..."

Aku merupakan seorang lelaki yang sangat cliche, sangat typical. Lulusan universiti awam, bekerja sebagai seorang jurutera tempatan. Tiba umur aku 27 tahun aku tengok kiri kanan semua orang dah kahwin. Tapi aku ni kawan perempuan pun tak ada. Hati dah rasa macam nak kawin jugak, nak ada keluarga..mungkin sebab penat dedikasikan masa semata-mata untuk kerja. Jadi aku minta kawan-kawan aku kenalkan aku dengan seorang perempuan yang sesuai la aku nak jadikan isteri.

Pendekkan cerita, aku dipertemukan dengan seorang gadis. Simple, tutup aurat, lemah lembut, cukup sifat bagi aku. dua tahun kami kenal, aku yakin memang dia lah jodoh aku. Sebab apa? Personaliti dia. Nature kerja aku ni memerlukan aku sentiasa on call,sentiasa sibuk. Tapi selama kami berkawan, dia tak pernah merungut walaupun keluar pun sebulan sekali je. Lepas tu, dia sangat independant, takde nak bergantung pada aku sangat. Seorang yang sangat bijak bagi aku, matang dan memang sempurna dan dari keluarga yang baik2. Aku luahkan niat aku untuk kahwini dia & dia setuju.

6 bulan kemudian kami menikah. 2-3 minggu berkahwin, aku rasa ada yang tak kena. Tapi aku abaikan saja biasalah baru lagi maybe belum biasa. Satu hari, aku tengok laptop dia. Ada satu emel menarik perhatian aku. Dia berbalas e-mail dengan Al-Baghdadi, satu tempat belajar Al-Quran. Bertanya kan yuran pendaftaran bagi orang dewasa. Aku belek2 tengok pendaftaran tu nama dia.

Tengah aku tengok tu, dia keluar dari bilik air & pandang aku. Aku tanya dia, awak nak belajar Quran ke? Dia terdiam tak jawab apa-apa, berjalan masuk dan duduk atas katil kami. Air mata dia mengalir laju, badan terhenjut-henjut menahan sedu tangis. Aku panik, dah kenapa isteri aku ni. Aku duduk sebelah, tanya dia kenapa. Dia buat pengakuan yang dia tak pandai mengaji dan sembahyang. Dia cuma hafal surah2 lazim sahaja tanpa tahu macam mana nak baca quran. Dia mohon maaf dari aku. Aku terkejut macam mana aku boleh tak perasan semua ni. Mugkin sebab sepanjang 3 minggu ni aku yang mengimamkan dia dan dia mengaji surah-surah yang dihafalnya. Zahirnya, dia nampak seperti muslimah sejati. Tudung labuh, berstokin, baju longgar, malah muka dia berseri walaupun kulit tak cerah mana. Aku tak tahu sekarang macam mana. Dia aku kahwini sebab aku fikir dia cukup didikan agama. Katanya, perkara ini mak ayahnya pun tak tahu. Ego aku tercabar, aku kecewa bila tahu perkara ini. Malam tu aku tidur luar. Tak tidur pun sebenarnya, aku berfikir sepanjang malam.

Esok paginya, kami solat subuh seperti biasa. Tapi tangan yang dia hulurkan untuk menyalami aku, aku biarkan tak bersambut. Aku terus bangun bersiap nak ke pejabat. Aku dapat lihat dia mengesat air mata, tapi aku biarkan. Hati masih sakit, masih kecewa. Terasa macam kena tipu, walaupun dia tak pernah cakap pun yang dia lancar mengaji, pandai sembahyang sebelum ini.

Beberapa minggu berlalu, aku memang diam saja tak bercakap dengan dia. Hari ini aku nekad, aku ingat aku dah fikir masak-masak. Aku panggil nama dia. Terkejut dia mendengar mungkin sebab dah lama kami tak bercakap. Muka dia seperti redha dengan apa saja yang bakal aku cakapkan. Aku luahkan kekecewaan aku padanya. Aku nak berpisah. Dia kata pada aku, berikanlah dia peluang. Dia sedang belajar sembahyang, belajar mengaji. Aku taknak dengar lagi penjelasan dia. Aku lafazkan talak malam itu jugak. Sepanjang tempoh eiddah, dia jaga makan minum aku seperti biasa. Waktu tempoh itu hampir tamat, dia datang pada aku dan bertanya..adakah aku masih tidak sudi menjaga dan mendidik dia. Aku tak boleh terima yang dia, selama 25 tahun hidup, tidak pernah sembahyang atau mengaji, umur 25 baru nak belajar.

Aku cuba hubungi dia selepas setahun kami bercerai. Setahun aku ambil masa untuk sedar bodoh nya aku meninggalkan dia, wanita yang sedang mencari semula agamanya. Waktu itu jugalah aku cuba hubungi dia tapi tak berjaya. Dia dah berhenti kerja tempat lama, dah pindah dari rumah sewanya. Tak cukup kekuatan aku untuk pergi ke rumah bekas mentua, sebab aku tahu macam mana aku layan anak perempuan mereka selepas gadis itu mereka amanahkan pada aku. tak apalah, mungkin memang jodoh kami sampai hari tu je.

Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku. Aku dah gila talak ke..

Bersambung....

– Faizin Islam

Sumber

-
KWSP Sebenarnya Sediakan Bantuan RM 2500 Setiap 6 Bulan Kepada Semua Pemegang/Pencarum KWSP !

KWSP SEBENARNYA Sediakan Bantuan RM2500

Tapi Korang aje Yang Tak Tahu-rugilah tak ambil tau hal duit ni,diaorg mmg tak nak korg taula kot, selamat duit.

Tidak kira banyak atau sedikit wang anda di dalam akaun KWSP, anda tetap layak untuk menuntut bantuan RM 2500 (dalam tempoh 6 bulan).

Mungkin tidak ramai yang tahu.

Sila sebarkan.

Isikan borang dalam format PDF yang saya sertakan di dalam sebelum di hantar ke KWSP melalui by hand, fax atau email.

Sumber: www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/207297/borang_kematian_-_utama__mei_2012_.pdf
Sumber : http://www.porsche911.pw/2016/03/kwsp-sebenarnya-sediakan-bantuan-rm2500.html
Sumber : http://www.duniashida.com/2014/04/bantuan-rm2500-dari-kwsp-yang-tidak.html
Sumber : http://www.kwsp.gov.my/portal/members/member-responsibility/registration/benefits-as-an-epf-member