Artis baru nak Up Zynakal didenda RM2.8K kerana cekik staff stesen minyak

Akibat dari perbuatannya itu, Mahkamah Majistret Ampang menjatuhkan hukuman denda RM2,800 terhadap Zynakal kerana mencederakan pekerja stesen minyak dan menghalang polis dari menjalankan tugas.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Zynakal didenda RM2,800 kerana cekik staff stesen minyak, halang anggota polis jalankan tugas

Seorang penyanyi yang dilabelkan sebagai 'budak baru nak up' (BBNU) ditahan polis kerana mencekik pekerja stesen minyak di Ampang dalam kejadian jam 4 petang semalam.

Zynakal, 21, ditahan polis selepas pengurus stesen minyak di Pandan Prima, Ampang itu menghubungi pihak polis.

Difahamkan, Zynakal datang ke stesen minyak itu bersama dengan Fareez Fauzi, 22, untuk mengisi minyak.

Zynakal kemudian masuk ke premis itu untuk membeli pen dan air dan ketika mahu membuat pembayaran menggunakan kad kredit, kakitangan stesen minyak itu, Ahmad Mostaksdi (Bangladesh), berkata kaedah pembayaran itu tidak diterima oleh stesen itu.

Penjelasan itu membuatkan Zynakal berang lalu menyerang dan mencekik leher mangsa.

Pengurus stesen minyak yang melihat keadaan menjadi semakin tidak terkawal terus bertindak menghubungi polis yang kemudian tiba di lokasi dan cuba menenangkan keadaan.

Malangnya, penyanyi BBNU itu enggan memberikan kerjasama menunjukkan MyKadnya kepada polis untuk tujuan siasatan. Malah, dia mencabar polis yang mengakibatkan dia ditahan dan dibawa ke IPD Ampang untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Fareez berkata, dia tidak menyangka Zynakal akan bertindak di luar kawalan dan mengakui Zynakal berkelakuan pelik semalam di mana dia asyik marah.

"Saya jumpa sebab dia minta tolong menghantarnya ke pejabat di Setapak. Dalam perjalanan saya singgah nak isi minyak, dia pula masuk dalam kedai nak beli pen dan air.

"Selepas setengah jam menunggu dalam kereta, dia masih belum keluar. Jadi saya alihkan kereta ke depan kaunter pembayaran. Saya tengok dia sedang bercakap dengan pekerja di kaunter.
"Tidak lama selepas itu dia keluar dan beritahu baru saja pijak kepala pekerja di situ. Saya terkejut dan ingat dia bergurau. Dia masuk semula dan kereta polis datang.

"Saya cuba tenangkan dia tetapi tak boleh juga. Itu yang polis terus bawa ke balai," katanya.

Menurut Fareez lagi, Zynakal ada memberitahu yang dia kemurungan kerana kerap dikecam oleh netizen. Malah mendakwa orang tidak boleh memahami dia.

"Dalam masa sama, dia cakap ibunya sedang sakit dan bertungkus lumus nak cari duit," katanya.

Akibat dari perbuatannya itu, Mahkamah Majistret Ampang menjatuhkan hukuman denda RM2,800 terhadap Zynakal kerana mencederakan pekerja stesen minyak dan menghalang polis dari menjalankan tugas.

Zynakal atau nama sebenar Muhammad Raziq Rosli, mengaku bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu di mana bagi kesalahan mendatangkan kecederaan, Zynakal didenda RM800 dan bagi pertuduhan menghalang penjawat awam bertugas, dia didenda RM2,000.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali memerintah tertuduh membayar denda itu atau berdepan dengan hukuman penjara enam bulan jika gagal berbuat demikian. Tertuduh membayar denda itu.

Zynakal didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan menghalang anggota polis dengan tidak menunjukkan kad pengenalannya bagi tujuan pemeriksaan, Zynakal didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memeperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa terdahulu memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

Namun, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon mahkamah mengenakan hukuman denda yang rendah kerana dia tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan hanya bekerja sebagai penulis lirik dan komposer.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.