3 Gambar Kepala Rosak Kekal Melekuk & Tengkorak Retak Ditumbuk Bouncer Kelab Malam



Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital setelah ditumbuk oleh bouncer kelab malam hanya kerana berlakunya sedikit salah faham.


Scott Taylor, 42, mengalami kecederaan otak kekal akibat ditumbuk oleh bouncer kelab yang memintanya keluar dari kelab Stesen Bar di Wellington pada malam jumaat.


Berang dengan keengganan Taylor mengikut arahannya, bouncer yang bernama Hotchkiss memberikan satu tumbukan yang padu di kelapa Taylor dan menyebabkannya rebah serta merta di tempat kejadian.

Akibatnya, Taylor cedera teruk di bahagian kepala dan terpaksa menggunakan mesin sokongan hidup untuk bertarung nyawa.


Tengkorak Taylor mengalami keretakan yang teruk serta kerosakkan otak yang kritikal. Insiden itu mengakibatkannya terpaksa menggunakan kerusi roda untuk seumur hidupnya.

Bagi merawat kecederaan itu, doktor terpaksa mengambil lemak dari bahagian perut Taylor untuk mengembalikan bentuk kepala Taylor kepada keadaan normal.

Hotchkiss, Bouncer Kelab Malam
(Dia belum kena lagi tamparan kokedai Raja Bomoh)

Hotchkiss pula dijatuhkan hukuman penjara selama 16 bulan.

Hukuman yang dijatuhkan kepada bouncer itu membuatkan Taylor bengang dan tidak puas hati dengan keputusan mahkamah dan menganggap keputusan mahkamah itu menghina dirinya.

Taylor juga mendakwa Hotchkiss berbohong apabila disoalsiasat oleh polis kononnya dia langsung tidak menyentuh dirinya. - Daily Mail
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.