Aktres jelita Nur Fazura nafi video lucah tersebar miliknya


Fazura nafi video lucah tersebar miliknya

Aktres jelita Nur Fazura menyangkal dirinya pelaku dalam sebuah video lucah yang disebar melalui emel oleh pihak tertentu baru-baru ini.

Berikutan itu, pelakon "Pisau Cukur" itu telah membuat laporan polis pada Jumaat lalu dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) pagi semalam.

"Saya tidak pernah terbabit dengan mana-mana video lucah.

"Saya juga mendapatkan nasihat undang-undang dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan," jelasnya kepada Harian Metro.

Tambah Fazura lagi, dia bertindak demikian adalah bagi memastikan penyebaran video tersebut dapat dihentikan segera agar namanya tidak lagi dikaitkan dengannya.

Ini bukan kali pertama Fazura terpalit dengan video lucah kerana beberapa tahun lalu juga pernah menjadi mangsa fitnah berikutan penyebaran video lucah seorang gadis yang mempunyai wajah miripnya.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.