Vanidah Imran didesak pulangkan buku cek SENIMAN


Vanidah Imran didesak pulangkan buku cek SENIMAN

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi mendesak aktres Vanidah Imran untuk bersemuka dengannya bagi menjelaskan tindakannya melarikan buku cek persatuan itu.



"Saya cabar dia datang berjumpa saya dan kemukakan alasan kenapa dia berbuat begitu. Saya seorang yang suka bersemuka apabila berbincang.

"Tetapi saya kurang gemar berbincang hal penting menerusi panggilan telefon atau menulis mesej dalam WhatsApp.


"Lagipun, sudah terlalu lama masa diberikan kepada Vanidah untuk dia memulangkan semula buku cek yang diambilnya dan dibawa keluar dari pejabat persatuan.

"Saya beberapa kali menghubunginya tetapi tidak dijawab, malah timbalan presiden dan setiausaha pun pernah hubungi dia, tetapi banyak pula alasan diberi," katanya kepada Harian Metro.

Zed berkata demikian selepas membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang Jumaat lalu berhubung buku cek persatuan itu didakwa berada dalam simpanan Vanidah.

Tambah Zed lagi, akibat daripada tindakan aktres itu menyimpan buku cek tersebut, SENIMAN terpaksa berhutang sebanyak RM22,000.

"Disebabkan tindakannya itu, hingga kini persatuan terpaksa berhutang sebanyak RM22,000 bagi kos operasi iaitu sewa pejabat, gaji pekerja dan bayaran bil membabitkan elektrik, air dan Internet.

"Bukan itu saja, gara-gara ketiadaan buku cek itu perjalanan persatuan juga terganggu kerana tidak boleh menganjurkan sebarang program termasuk memberi sumbangan kepada ahli yang sakit."

Dalam pada itu, Harian Metro turut melaporkan Vanidah yang dihubungi memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia bertindak mengambil buku cek berkenaan serta enggan mengulas lanjut.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.