Bila Aweera dedah muslihat Edry jatuhkan maruah


Bila Aweera dedah muslihat Edry jatuhkan maruah

Penyanyi Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham akui kecewa dengan tuduhan komposer Edry Abdul Halim yang mengatakan dia telah menimbulkan masalah ketika bekerjasama dengan bekas kumpulannya, Mojo ketika membuat persembahan lagu "Romancinta" di malam separuh akhir "Muzik-Muzik 2014" pada 28 November lalu.


Malah Aweera turut menganggap tuduhan dan tindakan Edry untuk menyingkirkannya daripada beraksi di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) pada 18 Januari depan adalah satu fitnah yang sengaja menjatuhkan maruahnya.

"Saya terkilan apabila dia (Edry) menuduh saya disingkirkan daripada Mojo kerana menimbulkan masalah kepada kumpulan itu. Kalau saya bermasalah daripada awal lagi saya tidak mahu bagi kerjasama. Perkara sebenar adalah saya yang menarik diri.

"Dia meminta saya untuk berduet dengan penyanyi baru mereka (Mojo) iaitu penyanyi dari Indonesia pada malam AJL29 nanti dan cadangan itu saya tidak setuju sama sekali," ujar Aweera seperti dipetik daripada laporan mStar.

Penyanyi berusia 23 tahun ini mengulas perkara tersebut selepas Edry yang merupakan ketua kumpulan Mojo menyatakan dia terpaksa menyingkir Aweera daripada bertanding di AJL29 atas dakwaan menimbulkan masalah.

Disebabkan itu dia terpaksa tampil membersihkan namanya apabila ramai yang menuding jari dan menganggap perkara tersebut adalah disebabkan kesalahannya.

Merasakan tidak adil apabila Edry menyuruhnya menyanyikan bahagian korus manakala penyanyi baru menyanyikan bahagian verse serta perlu berkongsi hadiah sekiranya menang pada malam tersebut membuatkan Aweera membuat keputusan untuk menarik diri selepas mengadakan perbincangan konsep persembahan bersama pihak produksi TV3.

Selain daripada itu, Aweera turut mengakui ada meminta untuk mengadakan persembahan bersama ahli kumpulannya sendiri memandangkan tiada komitmen diberikan oleh ahli kumpulan asal Mojo.

"Sewaktu pentas separuh akhir Muzik Muzik 2014 lalu mereka tidak mahu terlibat, ada yang jaga anak dan pergi berbulan madu. Sebab itu saya rasa lebih baik pakai kumpulan saya sahaja yang mana lebih baik daripada mereka," katanya lagi.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.