Ezzaty Abdullah Bakal berkahwin dengan Jejaka 25 tahun

Ezzaty Abdullah Bakal berkahwin dengan Jejaka 25 tahun

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Pelakon yang mula dikenali menerusi drama online Autum Di Hatiku, Ezzaty Abdullah mendedahkan dia bakal dirisik oleh seorang jejaka berusia 25 tahun biarpun baru saling mengenali kira-kira dua minggu lalu.

Jelas pelakon ini, dia berasa teruja dengan perhubungan barunya itu kerana lelaki terbabit sangat berterus-terang dengan perasaannya.

“Saya terbuka pintu hati untuk menerimanya dalam jangka masa singkat kerana dia begitu serius menyatakan hajatnya kepada ibu bapa saya walaupun usia perkenalan kami hanya dua minggu,” ujar Ezzaty ketika ditemui di majlis pelancaran drama online 'Autumn Di Hatiku 2' di The Bee, Publika pada Khamis.

Kongsi gadis yang berasal dari Bentong, Pahang ini lagi, perkenalan bermula kerana jejaka tersebut meminatinya sebagai seorang pelakon. Jejaka tersebut kemudiannya telah menghantar mesej kepada Ezzaty sebagai tanda perkenalan.

Cerita Ezzaty lagi, jejaka tersebut tidak menghalang kerjaya sebagai seorang pelakon kerana Ezzaty awal-awal lagi sudah memaklumkan yang dia baru sahaja ingin memulakan kerjaya dalam bidang seni.

Sementara itu, gadis berusia 24 tahun ini berkata yang dia baru sahaja ditawarkan untuk memegang teraju utama sebagai gandingan bersama Remy Ishak dan Bront Palarae. Ezzaty mengakui begitu teruja dengan tawaran tersebut, namun gementar kerana filem 'Antara Satu' itu merupakan percubaan pertamanya di layar perak.

“Saya memang gementar kerana ditawarkan watak berat untuk filem pertama namun saya tetap menerimanya kerana jika bukan sekarang bila lagi kan? Saya juga bakal menjalani kelas lakonan di bawah bimbingan Fauziah Nawi bagi mempersiapkan diri untuk filem ini nanti,” katanya mengakhiri perbualan.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.