Ini Punca Sebenar Insiden Penyokong Vietnam Dibelasah

Punca Sebenar Insiden Penyokong Vietnam Dibelasah

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Punca Sebenar Insiden Penyokong Vietnam Dibelasah

SHAH ALAM - "Sebaik Vietnam menjaringkan gol kedua, penyokong Vietnam mengangkat replika trofi kejuaraan ke arah penyokong Malaysia menyebabkan penyokong Malaysia tidak berpuas hati."

Itu kata seorang penyokong bola sepak negara yang hanya mahu dikenali sebagai Jefri, 30-an mengenai tindakan sebilangan kecil penyokong Malaysia yang menyerang dan memukul penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam, di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, kejadian berlaku pantas dengan pada mulanya hanya berbalas kata-kata bertukar kepada balingan objek sebelum terjadinya kekecohan itu. 

"Bagaimanapun, tindakan pantas politis mengelak perkara lebih serius berlaku dan saya lihat ada beberapa orang cedera.

"Saya kecewa dengan apa yang berlaku dan berharap ia tidak berulang kerana ia mencemarkan nama baik negara serta merosakkan perpaduan dalam sukan," katanya.

Tindakan kurang matang segelintir penyokong negara itu kini menjadi viral di laman sosial, malah gambar seorang penyokong Vietnam yang cedera dalam insiden itu turut dimuat naik.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Assisten Komisioner Azisman Alias berkata, kekecohan berlarutan antara 10 dan 15 minit itu bagaimanapun dapat dileraikan dengan tindakan pantas polis yang bertugas, tetapi seorang penyokong Vietnam tercedera.

"Penyokong Vietnam berkenaan cedera ringan, tetapi dia enggan membuat laporan polis walaupun dinasihatkan anggota polis yang bertugas sebelum dia keluar dari stadium," katanya.

Menurutnya, susulan pergaduhan itu, seorang lelaki berusia 20-an ditahan polis, namun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil. - HARIAN METRO


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.