Pelakon Hollywood Christian Bale Hina Nabi Musa (Moses)


CHRISTIAN BALE HINA NABI MUSA

LOS ANGELES 29 Okt. – Pelakon kelahiran Britain, Christian Bale mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan Nabi Musa sebagai individu yang kejam dan mengalami sakit jiwa

Kenyataan Bale yang memegang watak utama sebagai Nabi Musa dalam filem Moses in Exodus: Of Gods and Kings arahan Ridley Scott itu sekali gus menyentuh sensitivi agama khasnya penganut agama Kristian.

Bercakap semasa sidang media di sini bulan lalu, Bale berkata, dia telah membuat kajian mendalam bagi watak itu termasuk membaca Taurat, al-Quran dan kisah kehidupan Nabi Musa karya Jonathan Kirsch.
“Saya beranggapan lelaki itu mungkin gila dan satu daripada individu paling kejam yang pernah saya baca dalam hidup saya,’’ kata-nya sebagaimana lapor Mail Online.

Pengasas pertubuhan Faith Driven Consumer, Chris Stone berkata, dia terkejut dengan gambaran Bale tentang Nabi Musa.

“Apa yang dikatakan pelakon itu tidak dapat diterima masyarakat terutamanya penganut Kristian,’’ katanya.
Kebanyakan pengulas memberi kritikan serupa kepada pengarah filem Noah, Darren Aronofsky yang dibintangi Russell Crowe dan diterbitkan awal tahun ini. - Utusan

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.