Felixia Yeap Sendiri Pelik Dengan Mereka Yang Merelakan Diri Dipeluk


Felixia Yeap Pelik Dengan Mereka Yang Relakan Diri Dipeluk

Felixia Yeap atau nama Islamnya Raisyyah Rania Yeap yang merupakan seorang saudara baru telah berkongsi rasa peliknya dengan gelagat sesetengah remaja Islam yang meminati K-Pop sekarang dimana tanpa rasa malu dan segan silu membiarkan diri mereka dipeluk dan di sentuh sesuka hati.

Beliau berkata demikian merujuk kepada konsert K-Pop kontroversi yang mendapat kecaman ramai baru-baru ini apabila dilihat beberapa orang remaja Islam bertudung merelakan diri mereka dipeluk olah penyanyi kumpulan B1A4 dan ada jugak bukan setakat merelakan tetapi memeluk kembali.

 Rania di laman telah berkongsikan pengalamannya dahulu sebelum memeluk Islam dimana dia adalah seorang model yang memang mambawa imej yang cukup seksi tetapi dia boleh juga menjaga sesetengah batasan.

 “saya memang tidak suka disentuh dan dipeluk biarpun hanya bergambar untuk kenangan. Kalau ada tangan yang sempat ‘menjalar’ di bahu, saya tepis dengan segera”.

“Kadang-kala, saya menegur mereka dengan nada tegas supaya tidak menyentuh saya. Oleh itu, saya tidak faham mengapa ada adik yang bertudung terlalu teruja sampai memeluk artis K-Pop berkenaan,” tulisnya dalam akaun Facebook.


Felixia mengatakan kumpulan B1A4 itu tidak bersalah kerana mereka mungkin mereka tidak tahu batasan agama kita tetapi menyalahkan gadis-gadis tersebut kerana mereka mengetahui batasan dalam Islam sepatutnya mereka yang mengelak.

"Mohon jangan hentam adik2 kita tu lagi dah. Setiap orang berhak untuk belajar dari kesilapan lalu. Saya yang dulu pun pernah buat salah banyak. Dari masa ke semasa pun ada juga dosa dan salah. Saya TAK ALIM."

"Lebih baik kita doakan untuk mereka untuk sedar apa yang mereka telah lakukan "kurang enak". InshaaAllah. Allah itu Maha Pengampun katanya lagi." Katanya diakhir penulisan.-Siakapkeli.com.my

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.