
Ayan Qureshi Pakar Teknologi Maklumat Bertauliah Paling Muda Di Dunia
Percaya atau tidak, Ayan Qureshi merupakan pakar teknologi maklumat (IT) bertauliah paling muda di dunia.
Walaupun baru berusia 5 tahun, Ayan mendapat kebenaran khas untuk menduduki ujian yang dikendalikan oleh syarikat perisian komputer terkenal, Microsoft.
Malah lebih mengejutkan kanak-kanak ini lulus dengan cemerlang sehingga memperolehi sijil Profesional Bertauliah Microsoft yang biasanya diduduki oleh calon dikalangan graduan dewasa.
Kanak-kanak cilik berbakat besar dari Coventry, Englend ini membuktikan keupayaannya apabila dapat menjawab semua soalan yang dikemukan lebih awal daripada tempoh dua jam yang ditetapkan.
