Tak Payah Bagi BR1M Kalau Kos Hidup Lain Naik - Ustaz Kazim Elias


Kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di plaza tol Jambatan Pulau Pinang.

Susulan dari kenaikan harga petrol RON95 & Diesel mulai tengah malam tadi, Ustaz Kazim Elias menegur penasihat & kerajaan secara terbuka melalui Facebooknya.

Katanya, masih belum terlambat untuk Kerajaan mengkaji semula kenaikan harga minyak. Beliau turut menyarankan pada kerajaan agar memotong kos perbelanjaan yang lain selain daripada minyak yang merupakan keperluan utama rakyat.

“Tak payah beri BR1M la kalau kos hidup lain naik ekoran kenaikan harga bahan api,” tulis Ustaz Kazim



Dalam pada masa yang sama, majoriti pengguna media sosial tidak setuju dengan tindakan kerajaan yang mengumumkan harga baru petrol RON95 & Diesel kerana ini boleh menjejaskan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha pada Ahad ini. - My Media Hub

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.