Hujan lebat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur telah menyebabkan banjir. Akibatnya ramai yang terkandas kerana beberapa laluan ditenggelami air.
Dalam masa yang sama, sebatang pokok telah tumbang di jalan Ipoh, berhadapan dengan Balai Polis Sentul. Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan.Antara kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir ialah, Jalan Chan Sow Lin (LRT), Jelatek LRT, Cheras RBT (terowong).
Bagaimanapun terowong SMART masih dibuka untuk pengguna jalan raya di kedua-dua belah arah.
Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati dan dapatkan info trafik terkini dari radio / gps untuk laluan yang tidak sesak agar tidak tersangkut dalam kesesakan jalan raya.
Gambar-gambar banjir di sekitar kawasan Kuala Lumpur: