Siapa Encik Mimpi Bila Dedahkan Identiti Diri Dan Gambar Sebenar


Encik Mimpi Dedahkan Identiti Diri Dan Gambar Sebenar

Encik Mimpi yang dikenali dengan lagu Rindu kan lah, soundtrack drama Suamiku Playboy akhirnya ia akur mendedahkan nama selepas empat tahun menggunakan identiti Encik Mimpi iaitu lelaki di sebalik topeng putih setiap kali membuat persembahan atau menghadiri majlis...

“Nama saya Mohd Azam Zamri dan berusia 26 tahun dan saya berasal dari Kuala Lumpur,” katanya 
Pendedahan itu mengundang perhatian kakitangan pengurusan Encik Mimpi Production (EMP) termasuk pengedar kandungan digital Indigital Sdn Bhd yang menunjukkan reaksi terkejut.


Menurut Encik Mimpi, dia tiada masalah untuk mendedahkan namanya sebelum ini, tetapi kerana mahu mengekalkan imej misteri yang dikenali oleh pengikut setianya, dia lebih selesa dengan identiti tersebut.


Apapun, Encik mimpi masih merahsiakan maklumat lain untuk tampil kekal misteri.

Encik mimpi mula mencuri perhatian ramai apabila sering melakukan video parodi selain menghasilkan lagu sendiri yang mendapat tempat di hati peminat.

Sehingga kini, dia sudah memiliki hampir 100 video, 50,000 pelanggan dan hampir lapan juta tontonan di YouTube.

sumber:gila media

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.