Si Cilik Puteri Balqis tidak pernah rasa dirinya di atas


Puteri Balqis tidak pernah rasa dirinya di atas

Pelakon cilik Puteri Balqis tidak pernah merasakan dirinya terbaik dan akan terus belajar untuk memantapkan lakonannya walaupun sudah mendapat pengiktirafan hingga ke peringkat antarabangsa.

Walaupun bakat anak tunggal pasangan Azizi Aziz dan Norashikin Mohd Aziz ini tidak perlu di pertikaikan lagi, namun pelakon berusia tujuh tahun ini sentiasa mahu belajar dan tidak akan mengalah untuk memantapkan lagi mutu lakonannya.

"Saya tidak pernah berasa lakonan di persembahkan sudah terbaik. Banyak lagi kekurangan perlu diperbetulkan.

"Lagi pun mummy adalah juri tetap yang menilai setiap lakonan saya. Bahkan, setakat ini, mummy beritahu prestasi lakonan saya baru mencapai 40 peratus,"ujarnya seperti dipetik daripada laporan Harian Metro.

Pelakon yang mesra di sapa Aqish ini berkata, dia sukar mempercayai kemenangannya sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama di Asian Television Awards 2014 di Singapura pada November lalu.

"Saya memang tak sangka menang pun kerana saingan finalis lain cukup hebat. Kalau dibandingkan dengan saya, pengalaman mereka lagi luas.

"Macam pelakon dari Singapura, Joan Chen, dia sudah melangkah hingga ke Hollywood menimba pengalaman berlakon. Jadi siapalah saya?"

Siapa sangka pelakon bakat ini mula berjinak-jinak menceburi bidang penulisan skrip dan sudahpun menyiapkan hasil pertamanya "Kek Untuk Ayah".

"Saya berbincang dengan mummy dan daddy macam mana kalau saya tulis skrip Kek Untuk Ayah untuk koleksi sendiri. Mereka berikan saya sokongan.

"Sekarang saya dalam perancangan menyiapkan koleksi skrip kedua yang ada kaitan dengan kisah perang. Idea tulis skrip ini saya dapat melalui sekolah tentera di bom Pakistan."

Tambahnya Aqish lagi, dia seronok bekerja dengan pengarah dan pelakon senior kerana banyak pengalaman dan ilmu yang boleh di kutip daripada mereka untuk memantapkan lagi mutu lakonannya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.