Farid Kamil: Diana Danielle saya dah tak cemburu lagi!


Farid Kamil: Isteri saya dah tak cemburu lagi!

Pelakon dan pengarah filem popular Farid Kamil menyatakan bahawa isterinya yang juga merupakan pelakon Diana Danielle tidak lagi cemburu apabila dia sekali lagi bergandingan dengan aktres jelita Nora Danish dalam filem terbaru mereka "Anak Jantan".


"Tidak. Dia sekarang sudah profesional, faham dan dia sendiri tidak sabar untuk menantikan malam gala "Anak Jantan" kerana mahu menonton filem ini," ujar Farid yang ditemui pada majlis pratonton filem "Anak Jantan" di Cathay Cineplex ECurve baru-baru ini.

Terdahulu, Diana dikritik segelintir pihak apabila dia dikatakan cemburu tidak bertempat dan bersikap kebudak-budakkan selepas memuat naik satu nota yang didakwa kepada Nora Danish apabila Nora memuat naik gambarnya memegang tangan Farid Kamil di laman sosial Instagram untuk promosi filem "Pengantin Malam".

Dalam pada itu, Farid turut menafikan isterinya sudah berhijab sepenuhnya selepas Diana dilihat memuat naik gambar di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

"Dia bertudung kerana berlakon dalam drama "Perempuan Lindungan Kaabah" dan sebuah telefilem baru-baru ini. buat masa ini, dia belum bertudung sepenuhnya lagi."
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.