Pelakon Dira Abu Zahar Jadi Mangsa Cubaan Samun


Dira Abu Zahar Jadi Mangsa Cubaan Samun

Pelakon Dira Abu Zahar berdepan detik cemas apabila berdepan cubaan samun ke atas dirinya.

Memetik kenyataan yang dikongsi di laman facebooknya, cubaan samun itu gagal. Namun, kereta miliknya mengalami kerosakan di bahagian cermin.

Apapun, Dira bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian ini membuatkan Dira lebih berhati-hati dan pada masa yang sama menasihati orang ramai agar waspada dengan keadaan sekeliling.

Berikut merupakan posting facebook beliau:

Subhanallah..... Bila Jalan singkat jadi pilihan hidup, ada yang terleka bahawa ada kehidupan lain yang terkesan.

Yes, cubaan untuk menyamun Tapi nasib saya sedikit baik, sebab:

1. Allah masih sayang kan saya
2. Tinted kereta sedikit membantu - Impak cermin pecah tidak Lah teruk mana.
3. Tindakan Cepat tidak panik ( hasil didikan dive master supaya Jgn Cepat panik ketika dalam laut dalam), bikin usaha Si penyamun jadi Sia-sia. Misi sang penyamun gagal !!

Jadi, anda semua pls berhati2. Jangan leka. Semangat kene kuat k. Walau apa pun berlaku.

Kepada sang penyamun, Maaf.... Tidak semua yang Kita rancang akan terlaksana. Jgn lupa Allah SWT Maha....

Jaga diri anda.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.