Lagu "Apa Khabar" nyanyian Joe Flizzow dan Sonaone telah dinobat sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) sebentar tadi (Ahad malam) di Stadium Putra Bukit Jalil sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM35,000 berserta trofi.
Naib juara pula telah dirangkul oleh Shila Amzah menerusi lagu "Masih Aku Cinta" dan membawa pulang wang tunai RM15,000 dan trofi, manakala tempat ketiga pula menjadi milik Dayang Nurfaizah menerusi lagu "Di Pintu Syurga" dan juga RM12,000 dan trofi.Dalam pada itu, Dayang juga turut dinobat sebagai pemenang Vokal Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.
Sementara itu, kumpulan Mojo pula telah berjaya merangkul anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu "Romancinta" sekaligus membawa pulang wang tunai RM10,000.
Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29)
Persembahan Terbaik
Mojo ft. Caliph Band
Vokal Terbaik
Anugerah Juara Lagu
Malique Bersama Joe Flizzow (kredit gambar Emi Music) |
Assalamualaikum semua, Apa khabar ??..lama dah aku terfikir sebenarnya nak update entri berkenaan lagu baru yang di keluarkan oleh Joe Flizzow aka Mr President..Tapi tu lah, takde kelapangan nak update blog.hari tu ada free tapi on that time panas isu palestin,mh370.so aku chill kejap.ni baru ada masa.huh
Aku sebenarnya,sejujurnya sangat2 rindukan too phat, malique dengan joe flizzow bersatu macam dlu..bile dengar setiap bibit2 ayat dari lirik lagu Apa Khabar buat aku teringat zaman kegemilangan hip hop aku dlu.start tahun 2000-2007 mcm tu (approximate years) aku minat giler hiphop.dlu2 kat malaysia ni pengaruh barat kuat.masing2 ada yang follow punk,grunge,skin head,hiphop..mcm2 lagi laa..tahun 2005-2006 kalau pergi je area bukit bintang.bersepah budak2 punk dengan rambut kaler cacak.bau seakan2 telur mentah pekat.seluar jeans ketat..skin head pon lebih kurangg..pernah jugak follow member skali masa dlu underground gig.gilo2..
tapi aku lebih pada hiphop..dan tonggak utama yang membuatkan aku jatuh cinta dengan hip hop adalah Too Phat..Phat Family,teh tarik crew..geng2 miz nina ,altimet...influence hip hop terlalu kuat dan di adaptasikan ke sekolah menengah..sungguh2 study pasal knowledge hiphop.elemen hiphop MC,DJ,BBOY,GRAFFITI..
Study pasal sejarah afrika bambaata.start layan lagu hiphop dalam dngn luar ngara..biggie,tupac shakur..start buka kamus thesaurus semata2 nak guna ayat level atasan..belajar bahasa sastera supaya ayat yang keluar dari mulut berbentuk bombastic walaupun aku terkadang sarkastik.dan bandar kajang ni pulak bersepah dengan graffiti2 KC,Sate Town Crew,JLK, byk lagii..dan sikit demi sikit dipadam dan dicat...siap ada yang diconteng graffiti tu dengan spray merah oleh budak2 skin head kat area kajang dlu sbb bergaduh kawsan la lebih kurangg..
2 gambar ni aku ambik tahun 2013.gune phone aku samsung galaxy S3..ini je yang ada..kat kawasan parking belakang metro kajang yang dahulunya muram..tempat2 lain yang ada graffiti kebanyakannya dah clean
kat sekolah pulak pakai seluar loward.baju besar.kasut pkai kasut DC atau nike putih warna besar.pakai jam besar.dengan beg penuh button2 hip hop.Butik Echo Park kat kajang jadi rumah nombor 2,(sekarang dah tutup,dah lama pon).masa hiphop aktif.2 kali aku pergi konsert dorang..so aku sebgai eminat too phat.dan ramai lagi peminat2 too phat yang lain yang aku tahu kat luar sana mesti nak tengok yang too phat bersatu balik..setiap kali aku dengar lagu joe flizzow kat radio..aku teringat juga pada malique yang kini menghasilkan karya tanpa mengexposekan diri.aku berharap mr general aka malique akan sedia bersatu balik..gerenti cakap..aku beli vip ticket for any too phat concerts!!
P/s : sayu je muka joe..i feel u bro !! ;-(