Akhirnya setelah sekian lama membiarkan para peminat berteka-teki dengan status dirinya, hari ini akhbar mendedahkan bahawa Dynas sebenarnya sudah sah bercerai talak satu dengan Hafizy Hafiz.
Ikatan perkahwinan yang terbina pada 15 Mac 2008 akhirnya terlerai secara rasmi pada 25 Februari 2014 di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Masalah komunikasi menyebabkan hubungan kami jadi hambar. Tak macam di awal perkahwinan, komunikasi menjadi teras kekuatan kami. Kami berkongsi itu dan ini. Tapi ketika kami bergelut mempertahankan perkahwinan ini, masing-masing buat hal sendiri.
Boleh dikatakan kami bercakap pun hanya pasal anak. Apabila sudah lama tak berkomunikasi, asal bercakap saja boleh gaduh. Ketika ini saya mula sedar, paling penting suami isteri mendengar dulu apa yang mahu pasangan mereka luahkan sebelum pantas memberikan maklum balas. Ikutkan masalah kami ini cukup kecil, tetapi ia berlarutan hingga tak mampu dibendung lagi. Ibu saya sendiri pernah berkata, sayang sangat hubungan kami berakhir kerana perkara sebegini. Tapi semua sudah tertulis dan saya reda.
Barangkali orang luar lihat Dynas sebagai seorang wanita atau ibu tunggal yang cekal menghadapi dugaan, tapi sebenarnya pelakon dan pengacara ini pernah mengalami kemurungan hingga terpaksa berjumpa pakar psikiatri.
Kemurungan ini saya sendiri secara tak sedar bila ia muncul. Ia antara penyebab saya seperti hilang punca dan arah. Ditambah pula dengan masalah rumahtangga, semuanya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Ia menjejaskan kerja dan segala-galanya. Orang mungkin akan agak saya seperti orang gila kerana sampai perlu berjumpa pakar psikiatri. Kemurungan ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Saya rasa tak gembira dan macam hidup seorang diri walhal saya sudah mempunyai keluarga.
Tak mengapalah Dynas, mungkin ini yang terbaik untuk kedua-duanya. Mana tahu ada kehidupan yang lebih baik buat Dynas dan anak-anak selepas ini.
Sumber www.ohbulan.com
Gambar kenangan Dynas bersama anak-anak dan bekas suami