Bila Isteri Benarkan Diri Ditiduri Lelaki Lain Depan Suami


Isteri Benarkan Diri Ditiduri Lelaki Lain Depan Suami

Terdapat segolongan wanita yang sudah berkahwin dikesan meniduri lelaki lain kerana selera pelik si suami yang ingin melihat isterinya melakukan #seks dengan orang lain.

Metro Ahad memetik seorang kaunselor, Dane Husim Salleh berkata bahawa dia ada melihat banyak kes seperti itu.

"Suami mungkin mempunyai masalah mental di mana dia hanya boleh terangsang jika melihat perlakuan #seks tersebut," katanya.

Seorang pekerja restoran yang hanya dikenali sebagai Maya, 35, berkata dia pada mulanya terkejut apabila suaminya menyuruhnya untuk melakukannya.

"Karana sayangkan dia, saya melakukan apa yang dia mahu," katanya.

Seorang penyelia kilang, Khairul, mengaku meniduri isteri orang setelah diperkenalkan kepada pasangan itu melalui seorang kawan.

Suami wanita itu sendiri yang mengatur pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, katanya.

"Malah, dia menunjukkan sijil nikah mereka," kata Khairul sambil menambah dia merasa janggal pada mulanya bemesraan dengan seorang wanita di hadapan suaminya.

"Selepas beberapa minit barulah saya rasa lebih selesa, bahkan suaminya teruja bergabung dengan kami dalam sesi itu," katanya.

Seorang lelaki yang berjaya dijejaki oleh Metro Ahad berkata dia ada menawarkan perkhidmatan seperti itu di negeri-negeri belah utara.

Caj adalah di antara RM300 hingga RM700 untuk setiap sesi dengan isteri atau pasangan itu sekali bertiga. - The Star

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.