Persoalan : Mahal Sangatkah Harga Minyak Kita?


Mahal Sangatkah Harga Minyak Kita?

Admin menjadi sangat tertanya-tanya apabila ada salah seorang komentator mengatakan subsidi minyak macam tidak ada. Admin pernah ke India, membonceng motor sahabat di sana, berhenti isi minyak, tengok-tengok, RM6.00 seliter!

Admin selalu menjeling ke stesen minyak di Indonesia, yang terima subsidi cuma PERTAMINA (syarikat minyak tempatan), yang lain tidak. Shell, seliter RM4. Pertamina pun seliter hampir RM3.

Beberapa bulan lalu admin ke Singapura. Mata nak juga memandang ke stesen minyak. Seliter sekitar $2, lebih kurang RM5.00. Di Thailand, harga minyak pula RM4.56 seliter. Filipina, RM4.16 seliter. 

Malaysia? RM2.30 seliter. (Baru naik hari ini)

Owh, semua harga minyak yang admin sebutkan adalah minyak jenis RON95 ya!

Jom kita bedah kes lagi! Sebab ramai kata, Malaysia pengeluar minyak tapi harga minyak mahal juga.

Malaysia merupakan pengeluar minyak ke-29 di dunia, menghasilkan 693,700 bbl minyak dalam sehari. Harga minyak $0.61 seliter untuk RON95. Argentina, pengeluar minyak ke-26 dunia, menghasilkan 796,300 bbl minyak dalam sehari, harga minyak $0.92 seliter untuk RON95. Mesir, pengeluar minyak ke-28 dunia, menghasilkan 680,500 bbl minyak dalam sehari. Harga minyak $0.835 seliter untuk RON95.

Arab Saudi menghasilkan 9,900,000 bbl minyak per hari. Kuwait menghasilkan 2,682,000 bbl minyak per hari. Qatar menghasilkan 1,631,000 bbl minyak per hari. Sedangkan Malaysia menghasilkan hanya 693,700 bbl minyak per hari. Ada pihak membandingkan harga minyak Malaysia dengan negara-negara ini, sudah tentulah mereka lebih murah, lihat sahaja jumlah minyak yang mereka keluarkan. Adilkan perbandingan ini?

Indonesia dan India, harga minyak di kedua-dua negara ini jauh lebih mahal walaupun kedua-dua negara ini masing-masing menghasilkan 982,900 bbl minyak dan 897,300 bbl minyak per hari, lebih banyak daripada Malaysia.

United Kingdom, menghasilkan 1,099,000 bbl minyak per hari, lebih tinggi pengeluaran mereka berbanding Malaysia, namun harga minyak mereka $2.28 seliter untuk RON95. Brazil, menghasilkan 2,633,000 bbl minyak per hari, harga minyak mereka $1.35 seliter untuk RON95. Sekali lagi, Malaysia menghasilkan 693,700 bbl minyak dalam sehari. Harga minyak $0.61 seliter untuk RON95. Murah tak murah?

Tak mahulah banding harga dan jumlah pengeluaran lagi. Nanti orang kata tak adil juga sebab pendapatan per kapita setiap negara berbeza-beza.

Kalau macam itu, kita tengok jumlah subsidi yang kerajaan Malaysia dah keluarkan untuk minyak. 

Malaysia membelanjakan hampir US$14 billion untuk subsidi minyak setiap tahun, walhal menjadi agenda kebanyakan negara untuk memansuhkan subsidi minyak di negara mereka. Hampir semua negara di Asia Tenggara mempunyai kadar subsidi minyak yang tinggi, kecuali Singapura dan Kemboja. Indonesia, Thailand dan Malaysia adalah dalam kalangan 20 negara dengan kadar subsidi tertinggi dalam dolar. Malaysia adalah negara yang mempunyai harga minyak kedua paling murah di Asia Tenggara dan ke-16 di peringkat dunia. 

Maka, anda menjadi penilai. Berduyun-duyun rakyat negara jiran datang untuk membeli minyak kita, sedang kita merungut harga minyak mahal sebab kerajaan "TAK BAGI SUBSIDI".

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.