PENGUSAHA homestay (inap desa) didakwa merakam gambar lapan mangsa yang sedang mandi dalam keadaan bogel. |
Ipoh: Seorang ahli perniagaan berusia 42 tahun yang juga pengusaha homestay dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas lapan pertuduhan merakam gambar b0gel lapan mangsa di Ipoh Garden Homestay pada 27 Julai lalu.
Tertuduh Lim Lai Heng, didakwa berniat mengaibkan mangsa membabitkan lima wanita dan tiga lelaki berusia 17 hingga 53 tahun dengan merakam gambar mangsa menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) mini ketika mangsa sedang mandi dalam keadaan bogel.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman dihadapan Majistret Haslinda A Raof, manakala tertuduh diwakili peguam Steven Su.
Lai Heng bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan minta dibicarakan.
Majistret menetapkan wang jaminan bagi semua pertuduhan sebanyak RM28,000 dengan seorang penjamin serta tertuduh dilarang menghampiri kesemua mangsa. - HMetro