7 Oktober yang lalu, seorang pengguna Twitter memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan lima orang lelaki yang dipercayai warga Bangladesh sedang menunggu untuk diberikan agihan daging korban di sebuah masjid yang tidak dinyatakan lokasinya.
Selepas sembahyang, upacara korban dimulakan. Lembu, kambing dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai sebelum dibahagikan kepada orang ramai terutamanya golongan fakir miskin.
Menurut sumber, lima lelaki Bangladesh ini mahu menyaksikan ibadah korban tersebut dihalau bagaikan binatang oleh seorang individu yang bergelar Haji. Malah mereka juga turut kempunan mendapatkan agihan daging korban.
Andainya kejadian ini benar-benar berlaku, ini satu perkara yang amat menyedihkan serta memalukan. Walaupun mereka warga Bangladesh, mereka juga manusia dan juga saudara Islam.
Sudahlah mereka terpaksa meninggalkan keluarga, berhijrah jauh dari kampung halaman demi mencari rezeki untuk keluarga mereka. Apa salahnya bersedekah kepada mereka?
Bagaimanapun, ada yang mendakwa pada ketika itu, daging-daging masih belum siap dibungkus. Pihak masjid juga telah mempelawa mereka makan tengah hari bersama dan mereka turut diberikan kopun.
Namun, dakwaan itu dinafikan terus oleh seorang saksi yang berada di tempat kejadian dan mendakwa kenyataan terbabit cuba memburukkan imej UMNO.
Seorang saksi yang juga penduduk di kawasan tersebut tampil menjelaskan bahawa kejadian yang sebenarnya.
Menurut Hairun NishaQaliesya, pakcik yang dikatakan Haji itu, memang ada bertanya kepada lima lelaki warga Bangladesh terbabit sama ada mereka Islam ataupun bukan. Setelah mendapati mereka beragama Islam, pakcik terbabit memberikan mereka makan dan juga daging korban. Bukan seperti yang didakwa oleh pengguna Twitter terbabit yang nyata melencong dari fakta asal.
Menurut Hairun lagi, Pakcik yang dikatakan Haji itu bukanlah Haji yang sebenar-benarnya. Beliau hanya berpakaian seperti seorang Haji dan menjadikan penduduk di situ memanggilnya dengan panggilan Haji.
Itulah cerita sebenarnya. - My Media Hub