Seremban: Seorang penunggang motosikal putus kaki kanan dan rakannya parah akibat gagal memotong sebuah kenderaan selepas terbabit dalam kemalangan di Batu 6, Jalan Pantai-Jelebu pagi semalam.
Dalam kejadian jam 7.10 pagi, mangsa, Muhd Khairul, 22, dan rakannya Akhmar Hanum, 20, menunggang motosikal Yamaha LC dalam perjalanan dari Pantai ke Seremban terbabas ke laluan bertentangan setelah gagal memotong sebuah kenderaan di hadapan.
Lori yang datang dari arah Pantai ke Jelebu merempuh motosikal mangsa menyebabkan mereka tercampak sejauh 7 meter.
Rempuhan itu mengakibatkan Muhd Khairul putus kaki kanan. Rakannya cedera parah di bahagian badan serta punggung.