Komitmen pelakon tersohor Bollywood, Shahrukh Khan dalam menjayakan sesebuah filem mendapat pujian ramai terutama daripada peminatnya.
Terbaru pelakon ini berjaya mendapat bentuk badan kekar khusus untuk tampil dalam filem terbarunya, 'Happy New Year'.Menerusi filem arahan Farah Khan ini, Shahrukh 'dipaksa' mendapatkan bentuk badan ini oleh pengarah bagi membawakan watak tersebut. Malah, bergandingan bersama heroin Deepika Padukone, ramai pihak meramalkan filem ini akan memecahkan rekod 'box office' di India.
Dalam usia mencecah 40-an, dengan bentuk badan seperti ini, pastinya dapat menyaingi badan-badan pelakon terkenal lain seperti Hritrik Roshan, Aamir Khan dan Salman Khan.