Mark Boyle adalah lelaki yang dikenali sebagai "Lelaki Tanpa Wang"
Dia membesar di Ballyshannon, selatan Ireland. Beliau juga mempunyai ijazah dalam Perniagaan dan telah menetap di United Kingdom pada tahun 2002.Pada tahun 2008, beliau telah menjual semua harta bendanya dan tidak peduli benda yang paling kita pentingkan iaitu wang .
Beliau menjual rumahnya dan menjumpai sebuah tempat dimana bertukar barangan, memasak dari tin-tin terpakai, bina tempat mandi solar, dan sediakan tandas kompos.
Dimana beliau boleh mencari sumber makanan di sekitar pokok-pokok dan memeriksa tong sampah di pasaraya dimaana mereka membuang makan yang telah luput tarikhnya.
Walau pun beliau telah melalui pengalaman tanpa wang yang memang amat mencabar tetapi beliau berkata ia merupakan hidup yang paling gembira pada dirinya.
TAPI untuk aku di dunia ini ramai manusia yang miskin dan tidak mempunyai wang terutama di negara-negara barat terdapat ramai pengemis yang mengemis mencari sesuap nasi.
Mark Boyle adalah salah seorang yang bertuah kerana disediakan tempat tinggal dalam caravannya dan dibenarkan mencari makanan di sekitar kawasan hutan beliau tinggal dan paling penting beliau adalah pengemis prestij yang sering keluar di media massa dan berkongsi pengalaman hidup tanpa wang.
Kalau sebegini hidup tanpa wang sudah tentu ramai nak join..hehehehehehe.
Beliau baru 2 tahun hidup tanpa wang, kita kasi lagi 10 tahun dimana pada masa itu beliau perlu beli pakaian, perlu membaiki caravannya yang cantik dan perlukan ubat jika sakit atau demam!!!
Aku tak kagum pun dengan Mark Boyle kerana hidup tanpa wang. Memang beliau tiada wang tetapi bantuan dan perhatian yang beliau terima melebihi dari wang yang beliau perlukan jika beliau bekerja.
Aku kasihan pada pengemis dan orang -oranng miskin didunia ini jika mereka membandingkan Mark Boyle dan mereka....