Akta Hasutan, Alvin Tan Hina 3 Pemimpin Negara
Salah seorang dari pasangan blogger #sek's, 'Alvivi' hari ini kembali mencetuskan kontroversi dengan memuat naik status di laman Facebooknya yang jelas sekali mencabar serta menghina kerajaan.
Menganggap dirinya sebagai wakil kepada semua mangsa Akta Hasutan, Alvin meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap Akta Hasutan yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia dihalang serta dihukum hanya kerana ingin bebas bersuara.Alvin turut membuat beberapa kenyataan yang menghina beberapa pemimpin negara termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Alvin menyelar tindakan Najib tidak menghapuskan Akta Hasutan itu sebagai pemimpin yang tiada telur.
Manakala Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi pula dilabelkan sebagai Penjahat Sejati. Tidak terkecuali juga, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar turut menerima tempias kemarahannya dengan gelaran pemimpin Nazi, Heinrich Himmier.
Alvin kini telah melarikan diri ke luar negara dan cuba mendapatkan perlindungan politik di Amerika Syarikat. - My Media Hub
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date