Luahan Hati Pengguna Mangsa Parking Di Hospital PPUM

Luahan Hati Pengguna Mangsa Parking Di Hospital PPUM

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Seorang pengguna Facebook, Rusydi Akmal, meluahkan perasaan tidak puas hatinya akan kadar bayaran parking di Menara Timur Hospital PPUM di Facebook Page, Metro Parking menjadi viral di Facebook.

Menurut Rusydi, hampir sebulan dia terpaksa berulang alik ke hospital berkenaan untuk melawat ayahnya yang dimasukkan ke wad.

Baca luahan hati beliau di bawah:

Parking di Menara Timur Hospital PPUM.

Hari ini, 11 jam = RM23
Semalam 17 jam = RM35
Anggaran 24 jam = RM49

Bapak aku dah 26 hari kat wad. Kalaulah hari tu tinggal kereta direct 26 hari, dah RM1,248. Korang dah gila ke apa buat duit macam ni? Ni hospital tau tak? Bukannya Pavillion. Sedangkan parking kat Hospital Sime Darby Subang pun tak silap maksimum charge daily, RM12 je. 

Fikir sikit ni Hospital PPUM, bukan shopping mall nak charga gila babi. Cuba kalau yang masuk wad tu orang susah, mahu-mahu dah lebih gaji sebulan faham?

Sudahlah parking sikit nak mampus, lepas tu charga mahal. Dahlah parking terhad, buat pula reserve untuk valet parking. Working hour valet 8 pagi - 5.30 petang. Tetapi malam, ruangan valet tu still orang ramai tak boleh guna. Valet itu pun diuruskan oleh pihak Metro Parking. RM12 tak termasuk charge per hour.

Parking Wad Kanak-kanak (Tak tahu nama betul)

1. Parking banyak (Alhamdulillah)
2. Mesin bayar parking ada 4, kadang-kadang 1 je yang berfungsi di G Floor. Kat basement, jadi tugu negara je dari dulu.
3. Parking mahal, tapi duit note RM20 tak diterima. Satu kerja pula kena pecahkan duit.
4. Tekan button kat mesin tak berfungsi, kena call nombor office diorang kalau ada problem, memang makan masa lama.

Jadi, kepada pihak berwajib sila jawab. Saya dah dekat sebulan mengadap bapak saya kat wad. Aku tak minta parking free, tapi aku minta wujudnya charge maksimum daily. If RM15 pun aku rasa korang dah untung dah, alhamdulillah.

Aku post bukan untuk aku, tetapi on behalf pakcik makcik di menara timur yang kat dalam wad tu. Yang datang dari Raub, Jerantut dan banyak tempat lain. Ramai yang aku kenal 'terduduk' dengan harga parking macam tu. Mereka bukan orang senang, fikirlah puas-puas.

__________________________________________________

Respon awal dari pihak Metro Parking,


Mudahnya pihak Metro Parking mengaut keuntungan dari 'kesusahan' orang yang mendapatkan rawatan di hospital itu. - My Media Hub

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.