Kalau Dah Jodoh, Impian Lelaki Ini Kahwini Kekasih Zaman Kanak-Kanak Tercapai


Kalau Dah Jodoh, Impian Lelaki Kahwini Kekasih Zaman Kanak-Kanak Tercapai

SIAPA sangka impian seorang lelaki di Wilayah Henan, China untuk mengahwini gadis yang juga jirannya sejak 18 tahun lalu kini hampir tercapai.

Zi-heng Wang, 24, menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan Qian-qian, 24, kepada ibunya ketika masing-masing berusia enam tahun.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya terpisah apabila keluarga Wang berpindah sekaligus terputus hubungan.

Takdir kemudiannya menemukan kedua-duanya 18 tahun kemudian dan mencetuskan semula rasa cinta dalam hati mereka.

Wang dan Qian akan melangsungkan perkahwinan pada 7 September ini.

Menariknya, mereka telah merakamkan semula gambar di atas jambatan yang pernah dikunjungi sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.