Jimmy Shanley akui Bimbang Anak Terpengaruh Gaya Hidup Bekas Isteri


Jimmy Shanley Bimbang Anak Terpengaruh Gaya Hidup Bekas Isteri

Pengacara dan penyampai radio, Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bahawa dia bimbang anaknya, Zahra Rania Shanley, 2, terikut dengan gaya hidup bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy yang terlalu gemarkan hiburan.


Selain bimbang tidak dididik dengan baik, Jimmy turut bimbang kesihatan anaknya terjejas kerana bekas isterinya didakwa merokok.

“Walaupun dia pernah bersumpah dan mengaku tidak menghisap rokok lagi, namun pada sambutan ulang tahun kelahirannya, Nursuhaila Eliani masih merokok dan ia dirakamkan oleh orang awam,” katanya.

Kenyataan ini dikeluarkan menerusi afidavit keterangan ketika perbicaraan kes mengetepikan perintah hak untuk bermalam dengan anaknya yang dikemukakan Suhaila.

Dalam pada itu, Jimmy juga tidak bersetuju dengan bekas isterinya yang menawarkan hak bermalam apabila anak itu mencapai umur tujuh tahun.



“Jika hak itu dihalang, saya khuatir jika hubungan anak dengan saya selaku bapanya menjadi renggang,” kata Jimmy yang turut bimbang Zahra Rania membesar dan dimanjakan dengan kemewahan.

Jimmy dan Suhaila mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 dan mula tinggal berasingan selepas  20 hari pernikahan mereka. Pasangan itu kemudian sah bercerai pada Oktober 2012.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.