ANTARA LUAHAN LANA TERHADAP GAMBAR KONTROVERSINYA "SAYA BUKAN JENIS MANUSIA HIPOKRIT"


Kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di plaza tol Jambatan Pulau Pinang.

"Itu gambar lama yang disebarkan kembali," itu jawapan pelakon Lana Nodin terhadap dakwaan yang mengatakan dirinya kembali ke perangai asal yakni gemar berparti sakan dan bersosial.

Ketika dihubungi BH Online sebentar tadi, Lana yang sedang bercuti di Singapura sudi menjawab persoalan kepada rentetan tersebar beberapa keping gambar beliau bersama teman sedang berseronok di sebuah kelab hiburan di ibu kota.

"Gambar itu dirakamkan November tahun lalu. Ia terjadi sebelum saya mengerjakan umrah beberapa bulan lalu. Saya kurang pasti apa motif ia disebarkan semula. Mungkin nak sabotaj atau apa saja, itu saya kurang pasti.

"Saya takkan terkejut kalau selepas ini akan ada lagi gambar sedemikian rupa tersebar. Saya boleh baca permainan manusia sebegini yang tahu nak menjatuhkan orang saja. Saya hanya mampu reda saja apabila hal ini berbangkit," katanya.

Gambar yang tersebar itu, sekali gus dijadikan umpan untuk menimbulkan cerita bahawa Lana tidak pernah serik mengundang kontroversi dan beliau masih tak berubah sekali pun sudah mengerjakan umrah.

"Saya bukan budak-budak untuk mengulang kesilapan lalu. Saya tak pernah cakap akan berubah drastik tetapi akan perlahan-lahan menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya. Kalau saya nak berubah, saya tak akan pukul canang dan biarlah ia antara saya dengan Tuhan.

"Tapi saya bukan jenis manusia hipokrit. Saya masih bersosial tetapi ada batasnya. Setakat bertemu teman dan lepak ataupun meraikan hari lahir teman serta berkaraoke di kelab hiburan itu juga dianggap negatif, saya tak boleh berbuat apa-apa," katanya.

Sementara itu, temannya yang turut berada dalam gambar yang disebarkan iaitu Stephanie Liah turut memohon maaf kepadanya kerana memuat naik gambar mereka itu.

"Saya tak sangka dan terkejut gambar yang dimuat naik di laman Instagram itu mengundang kontroversi. Saya sudah memadamkannya. Ia hanya salah faham dan jelas sekali di setiap gambar yang dimuat naik saya letak hashtag throwback.

"Gambar itu memang dirakamkan sekitar November tahun lalu semasa meraikan hari lahir teman kami. Selepas itu kami tak berjumpa lagi. Dijadikan cerita saya bertemu Lana seminggu lalu di Publika, Solaris Dutamas. Kami dapat lepas rindu ketika itu.

"Jadi kerana merindui saat bersama, saya muatkan naik gambar itu. Malah ketika bertemunya, saya mengakui begitu rindu untuk bersosial dengannya. Tetapi dia cakap pada saya sudah memperlahankan sisi sosialnya kerana baru mengerjakan umrah tahun ini," kata Stephanie. - BH Online

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.