EINA AZMAN AKUI- "SAYA BERKHAWIN BUKAN KERANA PANGKAT"


EINA AZMAN AKUI- "SAYA BERKHAWIN BUKAN KERANA PANGKAT"

Pelakon Eina Azman, 19, enggan perkahwinannya dengan Datuk Paduka Gurmet (Gmix) Singh, 35, menjadi buah mulut orang yang tidak menyenangi kebahagiaan mereka. Diijabkabulkan pada 31 Ogos lepas, Eina menegaskan dia tidak mengahwini suaminya itu kerana inginkan pangkat Datin Paduka semata-mata.

“Saya tak kahwin dengan Gmix kerana mahukan pangkat. Saya dah mengenali dia sebelum dia menerima penganugerahan itu lagi. Saya tak hairan apa orang nak cakap sebab bagi saya mereka tak lalui apa yang saya lalui. Mereka tak tahu apa yang saya hadap. Ini hidup saya dan yang paling penting sekarang keluarga saya bahagia. 

Saya dah tak mahu fikir apa yang orang akan cakap,” tegas Eina ketika dihubungi GUA pada Selasa.
Tambah pelakon ini lagi, dia enggan ambil pusing kata-kata orang dan mahu terus pandang kehadapan asalkan dia, suami dan keluarga kedua belah pihak bahagia. 

Eina turut berkongsi nasihat suaminya di saat ada segelintir pihak mempertikaikan niat gadis ini mengahwini seorang lelaki yang jauh lebih berusia daripadanya dan malah berpangkat Datuk Paduka.

“Gmix nasihatkan saya untuk tidak mengambil peduli apa yang orang katakan, asalkan kami saling menyayangi satu sama lain, itu sudah memadai. Kalau asyik dengar kata orang, sampai bila-bila pun kita tak akan bahagia,” kongsi Eina.

Sementara itu, Eina menjelaskan pasangan ini menangguhkan hasrat untuk memiliki cahaya mata kerana mereka akan mengadakan majlis resepsi sekitar bulan Januari tahun depan.

“Kalau nak ikutkan, saya memang nak anak secepat mungkin. Tapi memandangkan majlis resepsi akan diadakan pada bulan Januari nanti, mungkin selepas itu baru kami fikirkan untuk menimang cahaya mata,” kata Eina yang bakal menikmati bulan madu di Maldives. -gua.com.my

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.