Tindakan Awie menuduh isterinya, Rozana Misbun mengamalkan amalan khurafat dan syirik membawa padah apabila Mahmakah memberi Rozana hak penjagaan tiga anak mereka.
Menurut Rozana, tuduhan Awie melalui peguamnya di mahkamah tanpa disertakan bukti kukuh adalah kerana terdesak dan bertujuan untuk mengaibkan isterinya sendiri.
"Kenapa hanya selepas saya keluar dari rumah kami baru dia nak kata terjumpa macam-macam? Kenapa selama ini dia tidak dedahkan perkara itu?
"Bagi saya tindakan dia memburuk-burukkan saya dengan cara itu adalah tindakan terdesak," katanya ketika ditemui di luar mahkamah Tinggi Syariah.
Dalam pada itu, Rozana berkata dia tidak terkesan dengan tuduhan berasas itu kerana akhirnya kebenaran membuktikan segala-galanya.
"Saya tidak hidup dipuji mahupun mati kerana dikeji jadi biarlah apa juga yang ingin dikatakannya tentang saya.
"Sejak awal lagi dia memang berniat untuk mengaibkan saya, jadi biarkanlah.
"Sebelum ini saya tidak berjumpa anak-anak kerana lawatan perlu dilakukan di rumahnya selain talian telefon anak telah dimansuhkan.
"Dengan keputusan ini saya harap tiada lagi alasan untuk saya bertemu mereka dengan cara yang saya tentukan," ujarnya.
Rozana dan Awie dilaporkan bernikah secara rahsia di Selatan Thailand pada tahun 2005. Ini merupakan penikahan kedua Awie kerana pada tahun 1998 Awie pernah bernikah dengan Arni Nazira dan bercerai pada tahun 2006.