Bila Adlin Ramlie kecam tindakan Zed Zaidi


Adlin Ramlie kecam tindakan Zed Zaidi

Aktor dan juga juru audit Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Adlin Aman Ramlie mengecam tindakan presidennya Zed Zaidi yang membuat laporan polis terhadap bendahari persatuan, Vanidah Imran selepas didakwa menyimpan buku cek persatuan itu.




"Saya tidak setuju dan mengecam tindakan dia membuat laporan polis sebelum berbincang dengan kami semua terlebih dahulu.

"Tindakan itu hanya membuka pekung persatuan kepada umum dan orang sendiri tahu tentang kegagalan dia menerajui persatuan," katanya kepada mStar.

Tambah Adlin lagi, perkara itu sepatutnya dibincangkan dalam persatuan dan dirahsiakan daripada pengetahui pihak luar.

Dalam pada itu, Adlin turut berkata, Zed sepatutnya meletak jawatan kerana tidak dapat mengendalikan SENIMAN dengan baik.

"Dia yang seharusnya letak jawatan kerana tidak boleh bekerja dengan ahli jawatankuasa lain dengan baik dan membuat keputusan tanpa berbincang."


Sementara itu, Khir Rahman selaku AJK persatuan turut terkejut dengan laporan polis yang dibuat oleh Zed kerana tindakan itu memberi kesan buruk serta menjatuhkan maruah orang lain.

"Ia tidak wajar dibuat kerana perkara itu merosakkan reputasi orang lain. Kasihan Vanidah Imran yang terkena dalam perkara ini.

"Sebagai presiden, dia harus melindungi ahli dan bukannya merosakkan atau mencari salah orang lain jika persatuan itu gagal dijalankan."

Pada masa sama, Khir turut mendedahkan dia pernah beberapa kali cuba menganjurkan mesyuarat untuk berbincang tentang masalah industri, namun gagal kerana Zed menganggap sebagai tiada yang perlu dibincangkan buat masa ini.

"Setiap kali saya minta untuk diadakan mesyuarat pasti ditolak, malah 'group WhatsApp' yang saya buat pun tidak mahu digunakannya. Dia suruh saya emel butiran untuk adakan mesyuarat dan apabila sudah ikut peraturan yang dimahukan, dia pula kata tiada apa yang penting untuk dibincangkan."


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.