Senjata Laser Terbaru Dari China Mampu Menembak Hangus Pesawat US
Senjata terbaru telah berjaya dibangunkan oleh China, iaitu sebuah senjata yang mampu menembak laser dengan tepat pada sasaran. Ketepatan tembakan laser itu adalah sehingga pada jarak 2 Kilometer dan mampu menembak hangus pesawat tanpa pemandu yang dimiliki oleh Amerika Syarikat (AS).
Sistem teknologi terbaharu itu dibangunkan Akademi Kejuruteraan Fizik China serta berupaya menembak jatuh drone seawal 5 saat sebaik pesawat saiz ultra mini tersebut dikesan dan terus dikunci sasaran, lapor agensi berita rasmi Xinhua.Beberapa bukti bergambar yang menunjukkan bangkai drone yang hangus terbakar hasil tembakan senjata tersebut juga turut disiarkan oleh Xinhua. Senjata itu juga dikatakan berkesan apabila pesawat peninjau terbang pada ketinggian 500 meter dari bumi dan terbang dalam kelajuan 180km/h.
Yi Jinsong, pengurus Jiuyuan Hi-Tech Equipment Corp., salah sebuah firma di bawah akademi itu berkata, senjata tersebut boleh dipasang pada apa-apa jenis kenderaan dan ia berjaya menembak jatuh lebih 30 buah drone dengan kadar kejayaan 100 peratus.
Menurut Yi Jinsong, pengurus Jiuyuan Hi-Tech Equipment Corp, senjata tersebut juga mudah alih dan boleh dipasang pada mana-mana jenis kenderaan serta mampu menembak lebih dari 30 buah kenderaan dengan kadar kejayaan 100 peratus.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.