Bila Asyik Berkepit Dengan Emma Maembong, Peminat Zizan Takut Meluat tak habis!


Antara artis yang kita semua tahu sibuk gila sebab tengah meletup-letup sekarang ni, siapa lagi kalau bukan Zizan.

Bayangkan Jumaat lepas, dalam satu malam Zizan boleh berkejar untuk buat persembahan secara langsung Separuh Akhir Muzik-Muzik dan dalam masa yang sama buat persembahan di Maharaja Lawak Mega 2014.

Kalau korang boleh bayangkan betapa susahnya dengan hari-hari sebelum tu ada latihan, rehearsal dan sebagainya, nampak kat situ macamana hebatnya Zizan ni (jangan sampai jatuh sakit lagi ye bang...)

Dalam kesibukan Zizan tu, sempatlah juga dia berkongsi gambar-gambar masa terluang dia termasuklah ketika dengan kekasih hati kepada peminat. Ada peminat dia yang tampil memberi nasihat agar Zizan cepat-cepatlah kahwin takut nanti selalu upload gambar berkepit, lama-lama peminat meluat. Katanyalah!


"Zizan, pesanan ikhlas.. Baik nikah cepat2 dgn emma dr kepit sokmo pahtu tunjuk lam fb. Kalau kepit sokmo x tunjuk xpe. Takut2 org hk minat lame2 meluat.. Fans zizan jgn hentam sy. peace!" - Erna Eyna

Well, peminatpun kenalah faham tahap kesibukan Zizan tu macamana ye tak? Sebelum kahwin ni lah perah habis-habisan. Kahwin ni bukan boleh paksa-paksa atau ikut kehendak peminat. Macam-macam perkara yang perlu diperhalusi dan sampai jodohnya untuk diijabkabul, maka kahwinlah si Zizan ni.

Apapun nasihat baik-baik dari peminat, insyaAllah menjadi doa buat Zizan untuk terus berjaya dalam karier dan kisah cintanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.