Antara Cerita Sebenar Warga Emas Dibelasah Pekerja TNB Di Perlis


Ini Cerita Sebenar Warga Emas ‘Dibelasah’ Pekerja TNB Di Perlis

Awal petang tadi, tersebar beberapa gambar seorang lelaki warga emas terbaring dipercayai akibat dibelasah oleh beberapa pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Dengan gambar yang seluar mangsa terkoyak, menguatkan lagi dakwaan terbabit yang tersebar meluas di laman sosial pro pembangkang.

Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat yang lalu itu bagaimanapun telah dinafikan oleh TNB melalui satu kenyataan rasminya seperti di bawah:

Kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lepas apabila kontraktor TNB sedang menarik pilot wire di tanah pemilik. 

Sebelum itu, Bahagian Penghantaran telah cuba menyerahkan cek pampasan tetapi pemilik tanah enggan menerimanya. 

Gambar pemilik tanah terbaring adalah disebabkan beliau terjatuh ketika cuba menghalang pihak kontraktor melakukan kerja-kerja tensioning. Tiada sebarang phsical contact berlaku ketika kejadian.

Pasukan projek telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan pemilik tanah juga membuat laporan polis dengan kenyataan yang berbeza.

Pihak polis telah menjalankan siasatan dan menasihatkan pihak TNB untuk membuat laporan polis kedua mengenai kes ini.

Kes ini telah menjadi kes polis dan diharapkan warga kerja tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan.


FITNAH 1

FITNAH 2


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.