“Oh ini perempuan tu?” tanya wanita itu dan terus menampar lelaki berkenaan.
Berang dengan tindakan wanita itu, lelaki berkenaan terus membalas tindakan wanita itu dengan satu tamparan yang kuat.
Lalu wanita itu berkata, “Engkau tu suami aku. Kalau kau nak ceraikan aku, ceraikan sekarang!”
Demikianlah dialog perbualan pergaduhan di antara suami isteri yang bergaduh gara-gara kehadiran orang ketiga yang menjadi punca pergaduhan tersebut.
Dalam video tersebut, lelaki yang bernama Nas dipercayai bermain kayu tiga terhadap isterinya. Namun, isterinya bijak menghidu perbuatan suaminya itu bertindak mengekori suaminya ke Aeon, Bukit Raja.
Hasil ‘risikan’ isterinya mendapati, suaminya ditemui bersama dengan seorang wanita yang juga individu yang merakam video tersebut.
Pergaduhan mereka dipercayai berlaku di kawasan premis TGV Bukit Raja.
Ketika kejadian, wanita ketiga ini cuba meleraikan pergaduhan suami isteri ini. Namun lelaki berkenaan tidak mengendahkan rayuan wanita simpanannya itu meskipun yang dibelasahnya itu adalah isterinya yang sah. - My Media Hub