Izreen Azminda tak akan biarkan Hati Dilukai Lelaki

PELAKON, Izreen Azminda. - Foto: Salhani Ibrahim

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

"Saya Tak Akan Biarkan Lelaki Lukai Hati Lagi" - Izreen Azminda

Pelakon Izreen Azminda yang sah bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Riza yang Jun lalu menjelaskan dirinya belum terfikir untuk mencari pengganti kerana ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya dan anak kesayangannya, Muhammad umar Adrian.

"Buat masa ini, hati saya belum terbuka untuk mencari pasangan. Saya lebih selesa begini dan tidak akan membiarkan lelaki melukai hati saya dalam masa terdekat ini.

Picture
"Namun, saya tahu, jodoh itu rahsia Allah SWT dan saya tidak mampu menolak. Bukan sahaja dengan Amar, malah dengan mana-mana lelaki sekalipun, saya terima sekiranya ada jodoh di kemudian hari," ujar Izreen yang kini dikatakan sedang hangat bercinta bersama Amar Baharin.

Picture
Dalam pada itu, Izreen turut menjelaskan dia masih berkawan dan tidak mendendami bekas suaminya demi kebaikan anak tunggal mereka.

"Saya mendapat hak jagaan sepenuhnya terhadap anak saya, namun bekas suami dibenarkan melawat. Hak bermalam hanya akan diberikan selepas anak saya berusia empat tahun. Ini kerana saya tahu kesibukan jadualnya.

Picture
"Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini, bekas suami tidak mengabaikan nafkahnya terhadap anak dan saya hanya meminta nafkah edah sahaja. Saya juga tidak minta lebih kerana saya tahu kemampuannya setakat mana," tambah Izreen yang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.