Bapa Terkejut Terima Bil Telefon RM9,427 Bila Anak Hanya Muat Turun Video Tutorial Buat Gelang Getah


Bapa Terkejut Terima Bil Telefon RM9,427, Anak Muat Turun Video Tutorial Buat Gelang Getah

London: Seorang bapa terpaksa menanggung bil telefon bimbit berjumlah 1,792.84 pound (RM9,390.08) akibat tindakan anak perempuannya memuat turun ratusan video tutorial membuat gelang getah.

Lapor Mail Online, Trinity Groves, 10, menggunakan smartphone bapanya jenis Nokia untuk menonton dan memuat turun video terbabit selepas rangkaian jalur lebar di rumah mereka tidak berfungsi.

Trinity memuat naik beratus-ratus video tutorial dalam masa 28 jam pada bulan lalu.

Bapanya, Philip Groves, 35, yang tidak tahu akan tindakan anaknya itu pada awalnya bertindak menghubungi Vodafone untuk mempertikaikan jumlah tersebut dan membatalkan talian. Bagaimanapun dia dikenakan bayaran tambahan untuk kos pembatalan kontrak sebanyak 381 pound (RM1,995).

"Sepatutnya saya dimaklumkan oleh Vodafone tentang penggunaan internet oleh anak saya. Kini saya diberi masa sehingga Ahad ini untuk menyelesaikan tunggakan tersebut," katanya.

Philip berkata dia mungkin terpaksa menjual van yang digunakan untuk berkerja bagi membayar bil tersebut selepas pihak Vodafone mengugutnya mahu membawa kes itu ke mahkamah. - utusan Online

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.