Amukan Chef Wan Di Instagram - Aku pi Rompak duit Bapak kau ke


Aku pi Rompak duit Bapak kau ke

Dah lama tak dengar bebelan Chef Wan. Sebelum ini dia menjadi perbualan orang ramai ekoran kritikan terhadap menu nasi lemak MAS yang dikatanya tidak mengikut nasi lemak yang sebenar.

Kali ini, Chef Wan muncul lagi dengan kenyataan terbarunya yang menyelar beberapa follower Instagramnya yang sering menuduh dia berlagak mewah dengan memuat naik gambar-gambar traveling dan barang shopping di laman perkongsian gambar popular itu.

Baca luahan amarah Chef Wan di bawah:

Ok la since so many of u out there have requested me to show the interior of Villa Cini tu where i always buy my quality silk fabric while in Chiang Mai so i show them to u lah. Jangan pulak ada yg di belakang itu suka mengata mcm mulut P...kan konon nak menunjuk lah itu dan ini.

Macam2 lah hati manusia PHD ini yg suka buruk sangka.Pada hal tujuan ini nak tunjuk rupa kedai dan almost like a guide to those who might travel will take my suggestion in the future to visit the store. Mulut manusia di luar itu as we all know some of rhem bukan boleh tengok terus hati tu nak terbakar dan bukan boleh ingat benda yg baik2 tetapi disebalik nya. 

But as for me mampus kau la bukan aku curi duit kau pun nak membeli semua ini. Kita kerja setengah mati mencari rezeki yg halal. So say la whatever u want to say about me as " Ada Aku Kesah?" 

Rezeki pun datang semua dari Allah.Apa yg tergerak di hati kita nak membantu orang mencari ilham serta kedai ini dia sahaja yg tahu.Asal kan niat kita itu tujuan yg baik what other might thing of you us as orang putih kata " Go to hell lah with your opinion kan! " Satu in life i want to adviced u all dont ever bother with this type of human being. Its a bloody waste of time! Even if i am a travel journalist pun pasti i will write the same thing jugak.Tak pulak mereka kata mereka itu menunjuk nunjuk? 

The reason i said this ada yg pernah comment i benda2 mcm ini on the IG! Ehhh kau makan hati apa sal? Aku pi Rompak duit Bapak kau ke? - Chef Wan

Benar juga. Apa yang dibuat oleh Chef Wan itu mungkin akan dijadikan sebagai panduan bagi sesetengah orang yang akan berkunjung ke tempat berkenaan. Jadi, tidak salah sekiranya dia berkongsikan tips² yang menarik, pemilihan kedai yang terbaik untuk dikongsikan bersama follower Instagramnya agar tidak tertipu dengan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap pelancong luar. - My Media Hub

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.