Tahniah! Sarimah Ibrahim bakal bertunang pada 27 September


Penyanyi Sarimah Ibrahim bakal bertunang pada 27 September

Penyanyi dan pengacara radio Mix FM, Sarimah Ibrahim bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 27 September akan datang.

Dipetik dari laman HLive!, pasangan yang sudah menjalin hubungan cinta selama sembilan bulan ini akan mengadakan majlis pertunangan mereka mengikut adat resam dan budaya kedua-dua belah keluarga di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.

"Persiapan sudah banyak dibuat dan kami telah pun banyak buat perbincangan. Penting untuk kami mengikut adat istiadat dan budaya dari kedua-dua belah keluarga agar majlis ini menjadi selesa," ujar Sarimah.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Sarimah dan Nadzimuddin atau lebih mesra dengan panggilan Jamie.

Pada Mac lalu, hubungan percintaan antara Sarimah, 36, dan Jamie, 42, diketahui ramai selepas cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 ini hadir ke konti radio tempat kekasihnya bekerja.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.