Sidang Media Gagal Jernihkan Hubungan Shila Amzah & Media Melayu?


Sidang Media Gagal Jernihkan Hubungan Shila Amzah & Media Melayu?

Selepas muncul di Hlive semalam, penyanyi Shila Amzah dan bapanya ND Lala telah melakukan sidang media bagi menjernihkan hubungan Shila dengan media melayu berikutan dakwaan kononnya Shila mempertikaikan peranan media melayu dalam memberi liputan tentang konsertnya baru-baru ini.

Namun begitu, ada beberapa media melayu melahirkan rasa kecewa apabila penerangan yang dibuat oleh Shila dan ND Lala turut digunakan sebagai kesempatan menghentam beberapa orang wartawan.

Dalam sidang media tersebut, ND Lala menjelaskan kronologi kontroversi yang berlaku secara terperinci dengan menunjukkan slide keratan artikel daripada suratkhabar dan blog malah ND juga turut meng'highligh' nama beberapa wartawan yang dikatakan telah menfitnah Shila Amzah.

Tindakan ND Lala mengulas semula status daripada wartawan di laman sosial peribadi dan mempertikaikan tindakan wartawan yang meminta pendapat artis lain menimbulkan rasa kurang senang para wartawan yang hadir.

Dalam pada itu ND Lala turut menafikan tuduhan bahawa konsert anaknya telah ditaja oleh sebuah syarikat perjudian terbesar di Malaysia dan menganggap ia sebagai suatu fitnah.
"The reason why saya pulang ke Malaysia padahal memang saya ada kerja di China for this PC adalah saya sangat tersinggung dengan tulisan yang media katakan khususnya suratkhabar K**** yang mendakwa konsert saya ditaja syarikat judi.

"Ini benar mencabar reputasi saya sebagai seorang muslim, sebagai seorang yang berhijab. dan kepada ayah saya yang begitu mendukung budaya dan agama. Tiba-tiba kononnya saya buat benda yang dalam pengetahuan dia dan benda itu salah.

"Saya amat terkilan apabila benda ini berlaku. If you can’t write something nice, don’t write anything about me. Saya tidak boleh terima perkara ini. To watch my mom cry because of this, itu adalah perkara yang paling sukar untuk Sha tengok.
Dalam sidang media itu juga, ND Lala memaklumkan bahawa dia dan anaknya redha sekiranya dia bakal diboikot oleh wartawan

Untuk makluman juga, beberapa media Melayu utama dilihat tidak menghadiri sidang media ini. Barangkali media-media tersebut sudah mula memboikot penyanyi ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.