Sekitar Kemalangan Maut Di Taman Connaught (18 SG)


Kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di plaza tol Jambatan Pulau Pinang.

Malam tadi jam 1 pagi (22 September 2014), krew Oh! Media sendiri terserempak dengan satu kemalangan maut di Lebuhraya Timur Barat berhampiran Taman Connaught.

Mangsa dipercayai seorang lelaki berbangsa India melintas jalanraya yang sentiasa penuh dengan kenderaan memecut laju dan dilanggar oleh sebuah Myvi di bahagian tepi kereta sebelum dihentam kereta lain yang datang dari belakang. Mangsa maut ditempat kejadian dengan kecederaan parah di bahagian badan hingga terburai isi perut.

Ini hanyalah maklumat awal yang diterima dari beberapa saksi ditempat kejadian apapun maklumat rasmi akan dikemaskini jika ada. Apa yang agak mengecewakan, kedudukan jejantas hanya beberapa langkah dari kawasan tersebut dan kawasan ini sememangnya menjadi kegemaran orang ramai untuk melintas biarpun jejantas telah lama disediakan pihak berkuasa.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami rakamkan sebelum ketibaan Ambulan dan pihak Polis. 






Di bawah adalah video yang sempat kami rakamkan. Bahagian yang agak ngeri ditutup atau tidak dipaparkan bagi menghormati sensitiviti pihak yang berkenaan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.