Pasangan Syura dan Suami Bakal berpisah?

Syura Bakal Bercerai?, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi, sensasi

Syura Bakal Bercerai?

Terbaca di BeautifulNara tentang isu konflik rumahtangga pemenang Masterchef Selebriti iaitu Syura. Ada yang mengatakan dia dan suami tidak sehaluan dan bakal fail penceraian.

Namun pemenang Masterchef yang menewaskan Celina itu tampil untuk memberi kenyataan tentang keadaan terkini dirinya.

Ini komen Syura:

Perkara (bakal bercerai) itu masih dalam perbincangan antara saya, suami dan keluarga. Setakat ini, belum ada apa-apa kata putus. 

Apa yang saya boleh cakap kami belum sampai ke tahap pergi mahkamah. Failkan kes itu tak berlaku langsung. Saya boleh sahkan saya masih mempunyai suami.

Tak ada apa-apa berlaku lagi. Saya dan suami masih okey dan bersama. Cuma adat dalam berumah tangga takkan semuanya manis saja. Saya agak pelik dan terkejut macam mana cerita ini boleh terkeluar tapi sebagai artis, saya faham dan sedar orang nak tahu kisah kehidupan kita.

Cuma saya tak nak ia terlalu disensasikan sebab orang luar hanya boleh menilai saja. Yang tahu cerita sebenar hanya kami sekeluarga.

Semoga perkahwinan Syura dan suami sentiasa utuh dan kalau boleh pertahankanlah ikatan itu. 

InsyaAllah bahagia sentiasa.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.